Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Maal Hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maal Hijrah. Papar semua catatan

30 Julai 2022

Salam Maal Hijrah 1444Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Salam Maal Hijrah 1444Hijrah



Sesungguhnya orang-orang yang beriman, 
orang-orang yang berhijrah
dan berjihad di jalan Allah,
Mereka itu mengharapkan rahmat Allah
dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.
 (Surah Al-Baqarah, 2:28)

Selamat Tahun Baru Hijrah 1444.  Semoga tahun ini membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua.



14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Salam Maal Hijrah 1437


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1437.  Seperti biasa juga, begitu cepat masa berlalu.  Tanpa kita sedari tahun 1436 Hijrah telahpun berlalu dan kini 1437 Hijrah menunggu kita. Apakah kita pasti dengan pengisian rohani sepanjang tahun yang telah lalu.


Salam Maal Hijrah
Salam Maal Hijrah

Kini diari baru bermula untuk tahun baru hijrah.  Semoga lebih banyak penghijrahan ke arah yang lebih baik dapat dilaksanakan pada tahun 1437 Hijrah.  Penuhkan pengisian diari hijrah dengan amalan baik, meningkatkan jati diri dan semangat kerohanian ke arah yang lebih baik secara berterusan disamping berusaha melakukan perubahan pada diri dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup dapat dihapuskan.

Selamat menyambut Maal Hijrah.  Semoga kita semua dipanjangkan usia dengan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dengan penuh keberkatan oleh Allah.  Semoga kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.





24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436.



Dari Umar bin Khatab r.a:  Rasululullah SAW bersabda, "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya.  Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya".


Doa Awal Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Semoga pada tahun baru hijrah ini kita semua terpelihara daripada fitnah syaitan.  Semoga kita dapat menambah amal ibadat dan pahala yang berlipat ganda dan dapat meningkatkan ketakwaan kepadaNya.


25 Oktober 2014 | 1 Muharam 1436


04 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 | 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Selamat menyambut tahun baru Islam 1435 Hijrah.

Semoga tidak dilupakan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.




Semoga bertambah berkat kehidupan yang telah lalu dan akan datang.


suka duka pentas dunia