Pageviews

Memaparkan catatan dengan label MRCB Land. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MRCB Land. Papar semua catatan

10 Mac 2012

Lagi gambar dalam banglo contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ni, tak berapa ingat tarikhnya bila Yangbaik sekali lagi bersama keluarga melawat ke rumah contoh MRCB di Puncak Iskandar.  Kali ini sempat lah merakam beberapa keping gambar dalam banglo contoh.  Mungkin juga boleh dijadikan idea untuk menghias rumah.


Yangbaik juga baru menerima surat kelulusan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan.  Insya-Allah dengan adanya kenaikan gaji bermula 1 Januari 2012 sempatlah menyimpan sedikit demi sedikit untuk rumah idaman yang bakal disiapkan menjelang tahun 2014... jika mengikut jadual.  Apa pun kita mampu merancang, semoga perancangan kita diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.



Baiklah berbalik kepada gambar baru yang sempat dirakam.  Jom kita hayati koleksi gambar yang tidak seberapanya ini.  Maklumlah Yangbaik belum lagi menjadi Jurugambar bertauliah... sekadar memenuhkan hobi dahulu...

Layan lah ye..


 kawasan luar banglo yang dmaksudkan....lanskapnya menarik...
boleh dijadikan contoh untuk lanskap terbaik


 

sebaik sahaja pintu utama dibuka... terus disambut dengan cermin besar dan bunga antik...menarik!


 

gambar 3 dalam 1; siling, wallpaper dan langsir/tingkap di ruang tamu


 
laluan dari ruang tamu ke dapur, kiri dan kananya adalah bilik.  Sejurus melepasi ruang tamu terdapat ruang untuk ke kolam mandi di sebelah kiri.


laluan dari ruang makan menghala ke ruang tamu pula... gembira ria dua beradik tu berlari... awas! terlanggar lampu kaca tu... jenuh kena bayar pulak...


ruang makan keluarga dan tetamu berasingan dari dapur.  Perasan tak wallpapernya sama ruang tamu.  Contoh aje kan...


kamar utama @ master bedroom terletak bersebelahan kolam mandi...memang luas boleh main sorok-sorok lagi... ngeee

sekian adanya...cerita bergambar yang tak seberapa...jika ada yang berkenaan boleh terus hubungi MRCB @ SIDEC di Seri Iskandar...promosi....  mana tau boleh dapat diskaun ker...

(^-^)
.

25 Disember 2010

Jom tengok rumah di Puncak Iskandar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

al kisah petang-petang ni, tak der ape nak sibuk sangat kat rumah kami sekeluarga (3 orang  jer) tengok rumah contoh di Puncak Iskandar. 

apa kata kita mulakan dengan ruang makan dan dapur, ruang ni menghadap ke kolam renang (di luar) dan ruang tamu di depan serta ke belakang ada 3 lagi bilik tidur
Sebahagian kolam renang yang boleh dilihat dari ruang makan keluarga.  Ada gambar kolam renang penuh kat situ juga tapi ... modelnya pulak tak bersedia untuk di 'interframe'.


Pemandangan yang lebih jelas dari counter bar di dapur menghadap sebahagian ruang tamu juga...

ruang tamu

tak sempat pula nak snap dalam bilik tidur, layan jer dulu gambar landscape di luar rumah tetapi masih dalam kawasan pagar
keluar tengok banglo sebelah... Banglo Areca Tropika

tengok dari luar jer bang? ...pintu dah kunci sebab masa lawatan dah tamat, tu lah lambat lagi.  Tak per esok datang awal sebelum jam 5.00 petang. Ok!

pandangan sisi kanan dari depan, luasnya agak boleh le muat 3 buah kereta termasuk exora.  kalau buat barbeque kat situ pun okeh, kawasannya memang luas bangat... hehehe
Masa untuk pulang... alif kata rumah kat belakang dia tu rumah hitam dan dia memang suka... nama sebenar rumah tu terlupa pulak... nanti tengok brochure baru dapat letak nama kat sini.  Oleh kerana tak dapat masuk banglo "oren" maka tak dapatlah nak snap gambar dalam banglo tu....


Kediaman eksklusif di Puncak Iskandar dengan kolam renang dalam kediaman (option)
MRCB Land Transforming Communities.
Sekian lah catatan ringkas mengenai rumah idaman di Puncak Seri Iskandar