Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Konvensyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konvensyen. Papar semua catatan

02 September 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Konvensyen Wanita Syurga 2016, In shaa Allah bakal diadakan pada 4 September 2016 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Bakal disertai oleh ramai pendakwah hebat di Malaysia.


Konvensyen Wanita Syurga 2016

Konvensyen Wanita Syurga 2016


Pengisian program:
*  Ceramah
*  Forum
*  Talk Show

*  Diskusi Terbuka
*  Persembahan
*  Gerai Jualan
*  Photobooth



Pendaftaran:
Pendaftaran untuk peserta Konvensyen Wanita Syurga ditutup buat masa sekarang.  Jika anda berminat, sila daftar di link berikut sebagai "waiting list": http://tinyurl.com/KWAIS2016




Anjuran Bersama:
*  Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM'IYYAH)
*  Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah (SMS Aisyah)
*  Masjid Wilayah Persekutuan


Jom sertai beramai-ramai.  
Mudah-mudahan dengan berkat usaha ini, dapat menjadi wasilah buat para muslimah untuk menjadi sebahagian daripada ahli syurga kelak, In shaa Allah. 


Terima kasih baca entri ini, Konvensyen Wanita Syurga 2016.


13 Oktober 2010

orang ketawa, kenapa awak susah hati: Antara konvensyen, protokol dan peraturan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Konvensyen adalah persetujuan yang dicapai bersama dan terima pakai oleh majoriti
Protokol adalah adab atau akhlak atau tingkahlaku baik yang diamalkan oleh majoriti
Peraturan pula ciptaan manusia untuk berhadapan dengan sesuatu situasi dan keadaan
(bagi ketiga-tiga perkara di atas, andainya maksudnya tidak benar atau lari tolong betulkan... terima kasih)

Situasi dalam suatu majlis,
ada 2 orang ketawa depan orang ramai yang memerhati (dalam sedar dan diketahui),
berbisik-bisik depan orang ramai (sok sek sok, sambil mata menjeling)
Apa agaknya yang mereka ketawakan?
Apa pula yang mereka bisikkan?

Situasi pemerhati (dalam keliru dan gelisah)
Susah hati ke?
Biarlah mereka nak ketawa, nak berbisik ke
Buat apa susah-susah nak pikir
mereka ketawa kerana mereka gelihati
mereka ketawa kerana mereka tak sopan (tiada adab)
...ketawa depan orang ramai tanpa sebab yang 'wajib'
... kerana mereka tidak tahu adab (protokol) dalam majlis

Tak pelu gusar, ambil iktibar... jagalah perilaku dan tingkahlaku kita mengikut konvensyen, protokol dan peraturan. Kerana itulah arah perjalanan hidup kita.

(sumber gambar:  Mr. Google)