Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kesilapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesilapan. Papar semua catatan

10 April 2013

Tutup dan sembunyikan

As salam,


motif dan corak sekadar hiasan

Hari ini hari Rabu dan biasanya para blogger akan kehabisan idea untuk menulis atau kepenatan menulis.  Kebiasaannya akan tercatatlah 'wordless wednesday" atau Rabu tanpa kata.  Namun tidak semestinya entri Wordless Wednesday itu semata-mata kerana tiada kata-kata atau tiada idea tetapi sebenarnya banyak maksud yang tersirat yang tidak terungkap oleh penulisnya.

23 Disember 2012

Segera kembali jangan lari

As salam,




Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah.
Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.
(Sebagian Ahli Hikmah)
 
 
Kesimpulan:
Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 
Namun setiap kali berlakunya kesilapan seharusnya kita segera kembali ke jalan yang benar dan perbetulkan kesilapan yang mungkin tidak disengajakan.

18 Julai 2012

Antara Kesilapan di Bulan Ramadan

As salam,


Insya Allah hari Sabtu atau hari Ahad ini umat Islam akan menyambut Ramadan al-Mubarak.  Sementara itu sudi kiranya yangbaik kongsikan di sini beberapa kesilapan yang mungkin dilakukan pada bulan Ramadan. 

Antara kesilapan berkenaan adalah:

1.  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2.  Makan Sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3.  Bersahur hanya dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

4.  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5.  Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

6.  Menunaikan solat Terawih di Masjid dengan niat hendak meriah.

7.  Bermalasan dan tidak proakti dengan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

8.  Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

9.  Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

10.  Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11.  Tidak memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan berbuka.

12.  Memasuki Ramadan dengan keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.


Terima kasih kepada ustaz Zaharuddin.  Catatan kesilapan ini dipetik dari sini.





'suka duka pentas dunia'