Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kelab Suami Isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Suami Isteri. Papar semua catatan

10 Jun 2016

Sayur special air tangan encik suami

Sayur special air tangan encik suami


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sayur special air tangan encik suami, untunglah kalau setiao hari encik suami merajinkan diri masuk dapur. Lega sikit tak perlu kelam-kabut berebut di dapur, mana nak solat nak masak, anak-anak lagi. Kebetulan pula petang ini encik suami goreng sayur sawi bersama karot dan udang.  Bahannya puan isteri beli tengahari tadi... tak tahu nak masak apa beli jer apa yang terlintas di fikiran, bila masuk dapur nanti tahulah apa yang nak jadi.  Oleh kerana encik suami banyak masa lapang petang nie, jadi kita biarkan saja dia bekerja di dapur.

Sayur special air tangan encik suami

Inilah rupa sayur yang telah dimasak oleh encik suami untuk juadah berbuka puasa.  Makan dengan nasi panas menyelerakan.  Yang penting anak-anak pun suka makan sayur.  Walaupun kadang-kadang mereka tak makan.

Encik suami YB bukanlah househusband tetapi dia memang pandai memasak.  Kerana hobi dia memasak.

Sekianlah saja bebelan untuk malam ini.

Terima kasih kerana sudi singgah baca entri Sayur special air tangan encik suami.




28 Julai 2015

Isteri bukan orang gaji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isteri bukan orang gaji


Sedari dulu kita tahu dan kita faham bahawa seorang isteri memangnya bukan orang gaji.  Tetapi setiap kerja rumah dilakukan oleh seorang isteri dengan penuh rasa tanggungjawab.  Mana yang perlu dan tidak kadang-kadang tidak dipertikaikan.

Tetapi itu semua apabila isteri tidak bekerja.  Ketika seorang isteri itu hanyalah seorang suri rumah. Tiada tanggungjawab di luar kawasan rumahtangganya.  Hanya apabila si isteri itu mempunyai tanggungjawab di luar kawasan rumahtangganya, maka bagaimana pula dia hendak menangani tanggungjawab di rumahnya dengan lebih selesa.

isteri bukan orang gaji

isteri bukan orang gaji


Seorang isteri bukan orang gaji, tetapi rakan hidup suami.  Dan seorang suami tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan isteri atau memaksa isterinya melakukan kerja-kerja rumah dan bangun di tengah malam untuk memasak untuknya.  Tetapi kalau si isteri melakukannya kerana cinta, maka dia akan diberi ganjaran (pahala), tetapi isteri tidak wajib berbuat demikian.  (Syaikh Muhammad Al-Yaqoubi)

Aduhai si isteri, besar sungguh pengorbanan seorang suami apabila menyediakan kelengkapan yang sepenuhnya untuk kemudahan dan keperluan seorang isterinya.  Maka tidakkah si isteri itu mahukan pahala yang berganda-ganda melebihi pahala seorang pembantu rumah?

Adeh!.  Terasa juga walaupun sendiri yang menulis.

#peringatanbuatdirisendiri
#kelabsuamiisteri
#kelabrumahtangga



28 Mac 2015

Kelab suami isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kelab suami isteri

Entri ini tidaklah bertujuan secara langsung atau tidak untuk menubuhkan kelab untuk suami dan isteri. Tetapi lebih kepada isu semasa dalam kehidupan rumahtangga.

Memang sengaja buat tajuk begini untuk menggambarkan betapalah suami dan isteri itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Idea untuk menulis tajuk ini datangnya dari akaun instagram tengahari tadi. Dan hanya malam ini baru berkesempatan untuk menulis.

gambar hiasan

Bermulanya penubuhan "kelab suami isteri" ini apabila sahnya pernikahan itu. Bermulanya tanggungjawab seorang wanita bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami dan begitu juga sebaliknya.
Sebelum ikatan pernikahan itu terlaksana masing-masing bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga sendiri, langsung tidak terikat untuk orang lain. Hal ini adalah berkaitan sesama manusia. Manakala kepada Tuhannya ketaatan dan tanggungjawab itu adalah sepanjang hayat.

Apa jua isu yang timbul dalam kelab ini tidak sewajarnya dihebohkan di luar apatah lagi untuk meraih sokongan. Namun sebarang ketidakpuasan hati sepatutnya dibincang dan dirunding bersama dengan jujur dan ikhlas.

Kerana perjanjian penubuhan kelab ini nilainya terlalu tinggi dan pembubaran kelab ini juga mampu menggongcang arasyNya.

Sekian. Selamat bermusyawarah dan muafakat membawa berkat.
~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid