Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kasih Lestari Abadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasih Lestari Abadi. Papar semua catatan

25 September 2014

The Liebster Award by Kasih Lestari Abadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



The Liebster Award by Kasih Lestari Abadi


Terharu sungguh rasanya, walaupun dalam keadaan kebocoran masa untuk blogwalking masih juga terima Liebster Award.  Liebster Award kali ini bukanlah yang ke-2 saya terima tetapi merupakan entri yang ke-2 mengenai Liebster Award.  Akan ada lagi entri lain berkaitan Liebster Award yang menunggu.  Maaf lah saya buat entri tak ikut 'first come first serve' sebab saya buat entri ikut saya ingat dan yang mana saya sempat.  Peace!!

Terima kasih kepada Kasih Lestari Abadi (KLA) diatas pencalonan saya sebagai penerima Liebster Award kali ini.

Sejarah mengenai Liebster Award boleh dibaca di SINI, yang pernah saya keluarkan buat pertama kali.

Soalan yang kena jawab

KLA telah menyediakan 11 soalan untuk dijawab.  Jom kita tengok apa yang boleh saya jawab :P

1- Apa tujuan anda ber blogging
Untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan perasaan serta serba sedikit perihal mutiara kata.

2- Lagu kegemaran anda?
Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal (sebab kebetulan ketika entri ini ditaip... lagu itu berkumandang di udara).  Ada banyak lagi tetapi itulah salah satu lagu yang saya minat)

3- Apa judul buku terakhir yang anda baca?
Panduan Hidup Mukmin.

4- 3 Perkataan mengambarkan diri anda?
Pelaku, Pemikir, Pengawas - sebab tulah suka pening kepala dan kelam kabut. 

5- Komen anda tentang liebster award
Bagus. sebab kita boleh tambah kenalan blogger dan dapat peluang untuk menulis ketika kekeringan idea.

6- Nyatakan link entry pertama anda sejak berblogging
Link itu telahpun saya padam kerana tersilap tulis... tetapi saya gantikan dengan entri yang terdekat denganya.  Iaitu Pengalaman

7- Apa nama facebook anda?
yangbaik

8- Nyatakan blog kegemaran anda?
Denaihati

9- Pasukan bola sepak yang anda minati?
hmmm... tidak berapa minat pasukan bola.

10- Apakah warna baju yang anda sedang pakai sekarang?
Batik - berasaskan warna gold atau bronze

11- Nyatakan Negeri yang akan anda berada ketika raya Qurban nanti
Perak.

Semoga jawapan yang diberikan menjawab persoalan yang berlegar di minda KLA. :D  Mana yang lebih kurang tu sedia maklumlah yer. 

Blogger yang saya tag 

Sebagai meneruskan kesinambungan anugerah ini, berikut adalah senarai 11 blogger yang saya tag untuk Liebster Award.  Jom kita lihat siapa yang kena. 


Jika tidak keberatan buatlah entri dengan tajuk The Liebster Award by Yangbaik.   Sesiapa yang dah pernah kena tu... sudi-sudikan jawab dan kepada sesiapa yang belum kena tetapi tidak masuk dalam senarai nak buat entri juga, amatlah dialu-alukan.  Sila maklumkan entri anda di sini.

Soalan untuk dijawab

Berikut adalah soalan untuk dijawab dalam entri The Liebster Award by Yangbaik.  Soalan yang sama semasa Liebster Award pertama.

1. Siapakah yang mempunyai pengaruh terbesar pada anda?
2. Apa yang anda suka tentang blog?
3. Apa yang anda tidak suka mengenai blog?
4. Apa yang membuatkan anda ketawa dengan kuat?
5. Apakah buku kegemaran anda?
6. Apakah quote (mutiara kat
a) kegemaran anda? 
7. Apakah bentuk (jenis) media sosial kegemaran anda? (cth.  facebook, twitter etc.)
8. Adakah anda suka puisi? (Jika ya, sila nyatakan Puisi berkenaan atau puisi yang telah dihasilkan)
9. Apakah filem kegemaran anda atau rancangan TV?
10. Apakah perkara yang paling sukar yang pernah anda lakukan, atau halangan yang paling besar anda telah menghadapi dalam hidup anda?

Syarat-syarat liebster award

Akhir sekali, dimaklumkan juga syarat-syarat liebster award ialah :
1) Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima Liebster Award dengan backlink ke blog mereka.
2) Jawab 11 soalan yang ditanya.
3) Calonkan 11 blogger lain.
4) Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih.
5) Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini.

Sekian adanya.  Selamat berblogging kepada semua.
*Jangan lupa tinggalkan entri Liebster Award anda di sini.

Terima kasih.