Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jumaat. Papar semua catatan

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.


12 Januari 2018

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat



Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ini diberikan kesempatan untuk bernafas dan menguruskan kehidupan seharian.

Agak lewat sikit ucapan selamat untuk hari ini. Semuanya kerana urusan dunia.  Semoga urusan dunia ini tidak memutuskan hubungannya dengan keberkatan untuk dibawa ke sana.




Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dan rahmat buat seluruh alam.


Terima kasih kerana sudi singgah baca entri ini, Salam Jumaat.



15 Disember 2017

Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal


Selamat Pagi dan Salam Jumaat Penghulu segala hari.  Semoga Jumaat hari ini terus membawa keberkatan dan rahmat dalam hidup kita.  Semoga kita dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian hidup disamping tugas harian dan terus berbuat baik kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Semoga setiap pekerjaan kita mendapat pahala dan kebaikan kepada semua orang.  In shaa Allah dengan niat yang baik akan hadir bersama keberkatan.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya







🌹 Mulakan hari dan perjalanan hidup kita dengan selawat. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

🌹 Orang yang paling bahagia itu. Bukan sebab punya segalanya yang dicinta. Bukan sebab semata punya orang yang setia mencinta.

🌹 Bukan sebab semata punya ramai orang yang memuji dan mendekatinya.

🌹 Tapi orang yang paling bahagia itu. Bila dia selalu genggam erat dan sedari, ada ALLAH yang selalu sudi mencintainya.

🌹 Walau dia tidak punya apa-apa. Sedikit yang ada disyukuri, apa yang tiada, disabari.

🌹 Kerana dia tahu, Tuhannya jauh lebih hebat menyayangi. Berdasarkan iman dan takwa yang bersemi di hati.


Terima kasih kerana membaca entri Jumaat terakhir di bulan Rabiul Awal.

24 November 2017

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat


Hari ini, 5 Rabiul Awal 1439, hari Jumaat pertama di bulan Rabiul Awal.  Semoga Jumaat ini membawa keberkatan buat kita semua.





Salam JUMAAT untuk semua
Penghulu Segala Hari
Jumaat pertama dibulan Rabiul Awal 1439H
Semoga kita semua berada Dalam Rahmat ILAHI.


Terima kasih, Salam Jumaat.

21 Julai 2017

JUMAAT terakhir dibulan Syawal 1438H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H.  Hari ke-27 Syawal. 


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Selamat menempuh hari yang baru dalam kehidupan kita didunia ini. Teruslah berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan amal-amal soleh. Semoga Allah swt memudahkan kita semua...


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H

JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H


CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT


🌸 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
      اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
      وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

🌸 Membaca Surah Al-Kahfi

🌸 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

🌸 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

🌸 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌸 Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat

🌸 Memperbanyakkan amalan sunat

🌸 Memotong kuku kaki dan tangan

🌸 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

🌸 Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih

🌸 Memakai wangi-wangian

🌸 Hadir awal ke masjid


Sesungguhnya hari JUMAAT adalah Penghulu Segala Hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat.

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami...


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Inspirasi dari @quotephotovideo 💖💖💖

szi.😊

15 April 2016

Renungan Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Renungan Hari Jumaat


Setiap hari ada saja keberkatan dan rahmat dariNya.  Tambahan pula hari Jumaat penghulu segala hari.  Banyak panduan dan pedoman yang sering menjadi bualan pada hari Jumaat.  Pada hari Jumaat juga kita digalakkan untuk banyakkan bersedekah.  Semoga sedekah kita yang ikhlas itu akan menjadi pembantu kita ketika berada pada hari yang mana tiada pertolongan dari manusia.


Salam Jumaat
Salam Jumaat

Berkongsi petikan dari rakan FB sebagai peringatan buat diri sendiri yang lemah dan sering alpa.  

"Jangan cintakan perniagaan melebihi cinta kepada Allah.  Jangan takut rugi melebihi takutnya Allah."

Kerana ini adalah firman Allah di dalam surah At-Taubah, 9:24
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Semoga semua sahabat yang membaca entri Renungan Hari Jumaat sentiasa berada di dalam keredhoan dan kerahmatanNya.  Aamiin.


11 Mac 2016

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penghulu segala hari


Ya Allah

Perbaikilah agamaku, yang menjadi perkara paling penting padaku
Perbaikilah duniaku, yang menjadi tempat kehidupanku
Perbaikilah akhiratku, yang menjadi tempat kembaliku
Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku
Jadikanlan kematian itu sebagai istirahatku daripada segala kejahatan
(HR Muslim)


Jumaat Penghulu Segala Hari
Jumaat Penghulu Segala Hari



Jumaat Penghulu Segala Hari
Jumaat Penghulu Segala Hari


Terima kasih sudi singgah baca entri Jumaat Penghulu Segala Hari

29 Januari 2016

Salam Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat


Oleh kerana hari ini Jumaat, banyak pula orang mencari hikmah hari Jumaat.  Maka YangBaik dengan ini persembahkan sekali lagi petikan yang ada Jumaat di dalamnya.


Salam Jumaat

Barang Siapa yang mempermudahkan kesulitan orang lain maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat (Hadis Riwayat Muslim).

Bersegera ke Masjid


Sekian, selamat berJumaat.

Terima kasih sudi singgah dan baca entri Salam Jumaat.


22 Januari 2016

Cerita Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cerita Petang Jumaat



Petang-petang begini menghadap komputer lama-lama mahu juga komputer yang taip sendiri.  Paling tidak tengok komputer tembus sampai dinding belakang.  Oleh kerana masa rehat tengahari tadi yang agak panjang, masa makan pun panjang.  Boleh sembang panjang-panjang tetapi mata tidak mampu dilelapkan kerana memikirkan kain dalam bakul yang belum dilipat.  Banyak juga yang bermain difikiran.

Bukan tidak mahu sambung kerja semula tetapi mata ini terasa seakan semakin layu dan ayu saja.   Tersengguk-sengguk sendirian depan komputer.  Zaman sekarang semua maklumat kerja tersimpan rapi di dalam komputer.

Sebelum YangBaik berbicara lebih panjang dan menambah lagi rasa mengantuk, dikongsikan di sini beberapa bait bicara sebagai peringatan buat diri.

Doa


Tasbih dan Zikir
Tasbih dan Zikir

Semoga bermanfaat buat semua.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini, Cerita Petang Jumaat






15 Januari 2016

Tazkirah Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tazkirah Petang Jumaat |  Waktu Mustajab di Hari Jumaat


Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu watku, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan.  Carilah waktu itu di waktu setelah Ashar.  
(Hadis Riwayat Abu Daud)



Marilah kita bersama-sama mencari waktu mustajab itu.  Semoga kita tidak dilalaikan.


24 Julai 2015

Pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Jumaat


Pada hari Jumaat terdapat satu waktu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya.  Carilah ia di akhir waktu selepas Asar.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Pada hari Jumaat
Pada hari Jumaat

Peluang untuk kita mendapat kebaikan banyak.  Carilah ia.  Semoga mendapat manfaat.


29 Mei 2015

Ketika mana ia bertambah dan berkurang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ketika mana ia bertambah dan berkurang.  Kemuliaan penghulu hari, Jumaat.


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang. Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah. Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.('Umair bin Khumasyah)

 Semoga membawa keberkatan kepada semua.


08 Mei 2015

15 koleksi ucapan bergambar hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


15 koleksi ucapan hari Jumaat


Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita dunia dan akhirat.

Teruja sebenarnya nak keluarkan entri ini.  Saban hari ada saja yang singgah bertanya mengenai mutiara kata atau hikmah berkaitan hari Jumaat.  Justeru, dengan gigihnya YangBaik kumpul semua mesej yang diterima dan terbitkan semula untuk tontotan bersama.  Semoga ada sedikit kebaikan dari apa yang telah diusahakan.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah


01 Mei 2015

Duduk di dalam Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Duduk di dalam Masjid


Barangsiapa yang duduk di dalam mesjid, maka sesungguhnya ia sedang duduk-duduk bersama Allah. Maka sudah sepantasnyalah baginya untuk tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

(Said bin al-Musayyib)

13 Februari 2015

Jumaat yang kudus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat yang kudus


Apa juga yang berlaku banyakkan istighfar dan berdoa semoga dimudahkan urusan.
Semoga dikurniakan kekuatan dalam mengharungi ujian kehidupan.





Sekian.

06 Februari 2015

Program Wakaf al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Program Wakaf al-Quran



Program Wakaf al-Quran untuk mangsa banjir.  Seperti kita semua sedia maklum peristiwa banjir pada hujung tahun lepas yang berlarutan hingga ke awal tahun ini telah mendatangkan banyak kemusnahan kepada mangsanya.  Banyak rumah yang rosak atau musnah terus.  


Kerosakan dan kehilangan rumah mungkin turut menghilangkan beberapa naskhah al-Quran yang disimpan oleh pemiliknya.

Usaha murni yang diikhtiarkan oleh sahabat kita ini patut dipuji dan diberikan sokongan.



Program Wakaf Quran



Cara untuk untuk serta dalam program ini adalah dengan pembayaran terus ke akaun Maybank atas nama Nor Isma binti Ibrahim, 164481044112.  RM30.00 bagi senaskhah al-Quran.


Lebih kurang 40,000 naskhah al-Quran diperlukan untuk diagihkan ke tempat-tempat yang terlibat dengan banjir di negeri Kelantan.

Semoga niat ikhlas kalian diberkati Allah selalu.aminn.

#wakafAlQuran #jomderma #mangsabanjir #sebarkan #salamjumaat


26 Disember 2014

Semoga mentari bersinar indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga mentari bersinar indah


"Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Kita biasa dengar atau baca di mana-mana petikan yang berbunyi "setiap yang berlaku ada hikmahnya".  Memang betul.  Kerana itu kita perlu redha dengan setiap ketentuan.

Kadang-kadang kita mampu menuturkannya kerana kejadian itu tidak menimpa pada kita.  Sekiranya terjadi pada kita, kita harus kuatkan semangat dan sabar. Bantuan untuk kita akan tiba juga.

Sekarang, musibah melanda saudara-mara kita.  Mereka terperangkap dalam banjir dan entah apa keadaan mereka.  Apa yang kita lihat di kaca televisyen mungkin tidak sama dengan apa yang mereka rasa.  Kesusahan mereka sepatutnya turut menjadi kesusahan kita juga.  Cuba berada dalam situasi yang sama.  Jika situasi berbeza tetapi kita punya hati dan perasaan untuk berada di tempat yang sama.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.  Kita yang tidak menempuh situasi musibah yang melanda seharusnya mengambil iktibar dan tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka.

Semoga mentari bersinar indah dan segala keperitan segera berakhir.  Setiap usaha mendapat barakah.


#PrayForPerak
#PrayForPantaiTimur


19 Disember 2014

Jumaat Penghulu Hari dan Audit 5S

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat hari Jumaat



Nampaknya belum sempat lagi nak menulis panjang lebar.
Beginilah saban hari.
Semoga dikelilingi kebaikan dan kemudahan dalam setiap tindakan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid



Inilah antara punca kesilapan dalam entri semalam. 
Dah tak sabar nak menempuh hari.
Audit akhir MPC untuk persijilan semula dan persijilan baru bagi beberapa bangunan lain.




Ketika entri ini ditaip, kami auditee sedang rehat tengahari.  Auditor mungkin juga sedang berehat atau sedang menyediakan laporan.

Ambil kesempatan ini untuk update blog.

Selamat maju jaya kepada semua.


Terima kasih.

12 September 2014

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jumaat Penghulu segala hari.

"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"

Semoga semua yang berkaitan dengan kebaikan dunia dan akhirat berjalan lancar untuk hari ini dan hari-hari berikutnya.



08 Ogos 2014

Jumaat Penghulu Segala Hari | Perancangan dan Pelaksanaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Penghulu Segala Hari 


Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Hampir saja kehilangan kata-kata dan juga semangat hanya kerana satu berita tergempar yang baru diterima. Pagi-pagi lagi dah sibuk menguruskan projek 'mega' yang terjadi secara bidan terjun, walaupun tak suka terpaksa suka dan laksanakan sebaiknya dan semampunya.  Kerana projek ini diterima 'dari langit' dan tidak diketahui siapa empunya pelaksananya.

Tetapi tugas itu bukan sahaja melibatkan saya seorang yang terkejut tetapi banyak lagi pihak yang tidak sangka akan jadi begini.  Dari perubahan tempat dan perubahan ahli serta perubahan agenda.  Buat sementara waktu hanya itu yang terfikir dibenak fikir yang cetek ini.  Lain-lain tugasan penting telahpun dilaksanakan oleh satu pihak lain.  Tugasan saya tidak banyak... itu pada firasat saya dan ia bukanlah kesilapan besar bukan juga kelalaian saya

Jumaat penghulu segala hari.  Permulaan tugas hari ini bermula dari dua atau tiga hari lepas yang datangnya tidak disedari dan juga tanpa diduga.  Bukanlah masalah besar mana cuma agak tergugat sikit bila terasa seperti tugasan itu diserahkan kepada bukan empunya diri.  Sabar dan tabah.

Hari ini ... pagi hari mendapat pujian. Kembang jugak... hati ini berbunga-bunga bukan tidak pernah dipuji tetapi sesaja mengembangkan hati agar urusan hari ini dipermudahkan.

Selesai tugasan penting untuk separuh masa pertama hari ini.  Gembira dan teruja kerana dipermudahkan. Alhamdulillah.

Satu kejutan ini bukan sahaja saya yang tidak suka tetapi satu pejabat tidak suka.  Namun apakan daya kita mampu merancang biarpun untuk 10 tahun akan datang tetapi perubahan itu datang dalam sekelip mata. Lalu apakah yang bakal berlaku dengan perancangan itu.  Haruskan ia diabaikan, dimusnahkan atau murnikan semula.

Senang cakap... semuanya untuk kesenangan dan kemudahan.  Tetapi untuk siapa?  Reda dan pasrah. Maka minda ini perlu disetting semula untuk menerima perubahan itu.  Tiada perubahan yang terus diterima baik. Apa juga yang berlaku perlu mengambil masa untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian.

Sehingga kini, biarpun masih keliru.... pertukaran itu ada sebabnya yang tersendiri.

Semoga dipermudahkan.