Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Indonesia. Papar semua catatan

17 November 2011

Gelora Bung Karno menjadi saksi perlawanan Malaysia menentang Indonesia | Sukan Sea 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malam ini menjadi saksi perlawanan bola sepak antara pasukan Harimau Muda (Malaysia) dan Garuda (Indonesia) dalam Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Semoga yang terbaik buat kedua-dua pasukan.  Kalah atau menang adat pertandingan.  Namun semua yang masuk bertanding pasti mahukan kemenangan.  Sehingga catatan ini ditulis, Malaysia telah mendahului Indonesia dengan satu mata (1:0).  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 17.

Ikuti juga perkembangan terkini di Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

*.*

29 Disember 2010

Kemuncak debaran Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia,

Debaran perlawanan separuh masa pertama selesai sudah.  Malaysia dan Indonesia masih terikat dengan 0-0.  Tetapi awas, perlawanan separuh masa kedua masa belum selesai... perjuangan yang belum selesai.

Ops... wah dah golll.... no. 10 memang gah.... gol pertama untuk Malaysia... adakah ia benar?... nantikan keputusan akhirnya... ewahhhhhh akak tak pandai nak mengulas sukan sebab akak bukannya Hasbullah Awang... yang dah memang expert...

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan

Dec 29, 2010 5:32 pm

(Sumber gambar:  Berita Harian Online)

25 Oktober 2010

Gunung Merapi: mungkinkah sejarah akan berulang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekadar perkongsian catatan sekitar peristiwa di daerah sekitar nusantara
ewahh... gaya bahasa ada la macam nak buat slang Indon.. tak menjadi pulak.

"Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini".  Catatan ini adalah pinjaman dan untuk bacaan lanjut sila ke Wikipedia

nak pinjam dan dilontarkan juga di sini petikan dari Berita Harian Online mengenai cerita terkini tentang Gunung Merapi , antara petikannya:

"Magma dilihat ditolak ke paras atas berikutan tenaga seismos yang meningkat dan ia kira-kira hanya satu kilometer di bawah kawah. Paras amaran bahaya merah dikeluarkan pada jam 6 pagi tadi (waktu tempatan), menunjukkan letusan akan berlaku," kata pakar gunung berapi kerajaan, Surono, hari ini. - AFP

gambar diambil dari mr google.com