Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Inas Insyirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inas Insyirah. Papar semua catatan

25 April 2016

Inas Insyirah dan Che Seri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inas Insyirah dan Che Seri

Dah lama YB tidak bercerita mengenai anak-anak di blog. Entah kenapa pula malam ni teringat nak post entri mengenai Inas Insyirah. Bertepatan dengan tajuk entri, Inas suatu masa dulu takut sangat dengan Che Seri. Bukan kerana rupa Che Seri yang menakutkan tetapi kerana Che Seri yang suka menyakat. Tiap kali jumpa ada saja yang nak diusik. Ada ketika sampai menjerit-jerit bawa ke tidor. Aduhhh, jenuh nak pujuk.

Itu cerita dulu, kini tidak lagi. Kalau tak silap dalam sebulan dua ni Inas dah semakin serasi dengan Che Seri. Mungkin sebab jarang dapat jumpa. Semenjak Inas tinggal di rumah pengasuh. Che Seri pula sibuk dengan urusan sekolah anak-anaknya.



Pagi tadi, sempat lagi mereka berwefie.





Inas dah semakin montel. Kena bagi diet, kurangkan makanan berlemak terutama makanan segera. Che Seri pun apa kurangnya, dia sendiri yang mengaku dah gemuk walapun nampak kurus macam lidi :-P

Sehingga di sini dulu kisah Inas Insyirah dan Che Seri. Ada peluang kita bercerita pasal isu lain pula. 

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

08 Oktober 2015

Hasil kerja si cilik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil kerja si cilik


Sesuatu yang amat membahagiakan bila mana kita dapat melihat sesuatu yang indah dan menarik. Terutama ianya datang dari sumber yang kita tidak sangka.  Nak bercerita panjang tak sempat, lagipun tambah dengan malasnya nak menulis banyak.  

So layan jer lah hasil kerja si cilik yang sempat YangBaik rakam pagi tadi.  


Inktober1
Inktober1

Inktober 2
Inktober 2

Karya di atas dihasilkan oleh Inas Insyirah.  Tidak pasti pula bila dihasilkan.  Sepanjang masa kelihatan asyik bermain dengan adiknya dan sesekali mengusik abang dan kakaknya yang baru pulang dari sekolak.  

Apa pun ada aktiviti yang berfaedah di situ.  Selain dari banyak bertanya ada juga banyak warna.

#inktober


25 Ogos 2015

Lukisan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lukisan lewat malam


Malam sudah lewat, masih kelihatan kelibat anak kecil berusia 4 tahun bermain-main dengan pensil warna. Tiada tanda menunjukkan dia akan tidur awal. Sesekali dia menjeling ke sini. Namun masanya lebih banyak menghadap secebis lukisan kecil di atas meja itu. Begitu tekun sekali. Seakan leka dan terbuai dengan dunianya sendiri.

Malam sudah lewat, anak umi seorang ni masih jua belum tidur. Umi tahulah Inas belum sekolah dan esok tidak perlu bangun awal. Tidakkah matamu rasa mengantuk wahai anakku?



Inas Insyirah sudah semakin serasi dengan pensil warna. Ada perkembangan yang amat cemerlang, memandangkan sebelum ini warna-warna pensil itu terlakar "indah" di pelusuk dinding. Tanpa disedari dia semakin bijak mewarna pada setiap lukisan abangnya di atas kertas A4 atau buku tulis terpakai dan tidak lagi di kanvas batu.

Seni itu indah tidak mengenal usia.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid


04 Jun 2015

Hasil karya Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil karya Inas Insyirah. Setiap seorang dari anak kita pastinya mempunyai bakat dan kepandaian tersendiri. Tidak kiralah kebolehan memuralkan dinding bilik, dinding almari atau daun pintu. Anak-anak kadang-kadang tanpa disedari sebenarnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mungkin juga menjadi satu kerugian kepada kita kiranya kita terlepas mana-mana daya kreativiti.

Ada ketikanya kreativiti itu datangnya seketika, hanya kita leka maka kita tidak sedar bahawa kreativiti itu terbantut bilamana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya mengenai kebolehan mereka.



Gambar di atas adalah hasil karya Inas Insyirah. Lakaran itu terhasil daripada tekapan melalui cetakan huruf yang ada pada "papan huruf". Tak perlu dibetulkan gambar itu kerana memang lakaran itu kelihatan seperti huruf yang terbalik kerana "papan plastik" itu diletakkan terbalik. Inas barangkali pernah melihat umi atau abangnya melakar nama pada kertas untuk satu projek kraftangan. Dan, dia meniru perbuatan itu tanpa disedari papan itu terbalik atau memang sengaja diterbalikkan.

Pemikiran anak berusia 4 tahun, kadang tidak terduga terutama bila saraf otaknya bersambung dengan terlalu pantas.

Hendak kenal siapa Inas Insyirah, boleh lihat melalui label/link yang tertera namanya di bawah entri ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

28 Mei 2015

Susahnya Inas nak tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya Inas nak tidur. Sekarang Inas selalu sangat tidur lewat. Tidak sama masa dia baby dulu. Dah naik pening kepala melayan kerenah dia. Ada saja nak diusik, sentuh sana, belek sini, kejap lagi sembang dengan soft toy 'Minnie'. Agak jemu sembang dengan minnie dia usik pulak abang dia yang sedang tidur.



Bimbang juga bila usianya mencecah 5 tahun pada awal tahun depan. Nak kena hantar ke pra sekolah. Kalau asyik tidur lewat macam sekarang alamatnya lambat bangun pagi dan lambat pulak ke sekolah. Bila Inas lambat ke sekolah alamatnya lambat jugalah umi dan ayah ke tempat kerja.

Nak buat macam mana bagi Inas tidur awal nie... aduyai.

posted from Bloggeroid

11 April 2015

Rezeki masing-masing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Rezeki masing-masing

Hari ini membawa kejutan yang bukan sedikit. Setelah 10 hari mengharungi hari bersama GST pastinya banyak memberi kesan kepada perbelanjaan harian.

Walaupun tidak semua barang pengguna dikenakan GST tetapi kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan tertentu turut memberi kesan.

Nasib kita rakyat jelata. Semoga ahli yang dapat kenaikan gaji dapatlah menyumbang sesuatu untuk kebaikan rakyat dan negara, bukan untuk keluarga sendiri.


Kenaikan harga sekeping roti turut memberi kesan.

Siapapun kita hidup mesti diteruskan untuk keluarga bangsa dan negara. Paling penting untuk mendapat keredhaan dariNya dan keberkatan dalam hidup di sini dan di sana.

posted from Bloggeroid

04 Januari 2015

Hari Lahir Inas Insyirah ke-4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas Insyirah



Hari ini, tarikh yang sama 4 tahun lepas anak bertuah ini dilahirkan sejurus selesai azan zohor berkumandang di langit Lumut, Perak.

Seperti abang dan kakaknya kelahiran anak ini cepat satu minggu dari EDD yang tertera di buku pink.

Sama ada kebetulan atau sudah tiba masanya, tiga/empat hari sebelum hari ini banyak betul ragamnya. Jika bertanya mengalahkan soalan temuduga naik pangkat atau sama dengan soalan esei SPM. Hari ini sudah pandai berbicara tentang rasuah, tidak mahu ayahnya belanja makan di luar kerana itu adalah rasuah dan dia tidak mahu makan dari sumber yang haram. Entahlah pemikirannya sukar diduga bila mengenangkan usianya baru mencecah 4 tahun. Harapnya begitulah pemikirannya seiring dengan pemahaman yang betul sehingga dewasa.

Sudah lebih tiga bulan belajar tidak pakai lampin pakai buang, itupun untuk waktu siang sahaja. Waktu malam atau keluar bersiar-siar tetap juga kena pakai... jika tidak habis hanyut. :P

Inas Insyirah, gabungan nama pilihan ayah dan umi. Semoga terus menjadi anak solehah, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa taat dan patuh pada suruhanNya. Jadilah anak yang berbakti kepada agama dan bangsa.

Allah selamatkan anakku Inas Insyirah.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

15 Oktober 2014

Rabu Tanpa Kata | Budak Perempuan dan Bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Budak perempuan dan bola





















Akhirnya ... bola kena sorok. :P

07 Mei 2014

Rabu Tanpa Kata | Menara Pinggan Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sakit tangan dah


Senyum!


Menara Pinggan Kuning



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$  

09 Mac 2014

Susahnya nak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya nak makan.  Kenapa banyak sayur?  Cili pun ada juga.




19 Januari 2014

19 Januari 2014 | Aktiviti sebelumnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah rupa dari belakang pembantu peribadi blogger yangbaik. hehehe
Tadi dia minta susu... umi minta tunggu sekejap nak siapkan sikit lagi, kalau tinggal nanti umi terlupa nak sambung kat mana.

15 Januari 2014

13 Januari 2014

Petang 13 Januari 2014, Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, Isnin 13 Januari 2014 bersamaan 11 Rabiul Awal 1435.  Umi dan ayah bekerja seperti biasa.

Umi dan ayah balik kerja mesti disambut anak-anak terutama Inas.

Ini adalah sebahagian gelagat Inas sewaktu menyambut kepulangan umi dan aya pulang dari kerja.  Gembira bukan main lagi.  Sampaikan tak sempat pakai selipar.  

06 Januari 2014

Ucapan ulang tahun yang terlewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas suka makan cendol

Ucapan yang terlewat ini adalah sempena Hari Ulang tahun kelahiran Inas Insyirah yang ke-3 pada 4 Januari 2014.  Maaf sangat-sangat sebab terlewat, bukan sengaja nak melewatkan entri ini tetapi memang tak sengaja.  Konon-kononnya nak dapatkan masa yang sesuai pada 4 Januari... tetapi tak jumpa... yang terjumpa hanya pada hari ini.

Walaupun ucapannya agak terlewat tetapi untuk entri sahaja.  Hakikatnya, bangun pagi-pagi lagi dah ucapkan "Happy Birthday".  Siap nyangi lagi... sampai Inas terpinga-pinga lalu semua orang diucapkan 'Happy Birthday".

Oleh kerana pada pagi 4 Januari umi dan aya ada urusan lain ... maka petang baru berkesempatan bawa Inas jalan-jalan makan cendol di warung tepi jalan.  Lepas makan cendol makan laksa pula... kata pakcik tokey warung dia tak pernah jumpa lagi budak 3 tahun yang suka makan laksa.  Mungki ada kot tapi tak perasan.


Inas suka makan kek juga.

5 Januari baru umi sempat buatkan kek coklat untuk Inas.  Sabar jer lah dengan anak-anak nie... dok mengulang ke dapur menunggu kek siap... memang tak senang duduk.

Dah siap masak, nak tunggu kek sejuk dulu baru boleh letakkan topping coklat dan coklat rice... tunggu lagi. Sampai Inas tertidur... bangun tidur terus potong kek...


Selamat ulang tahun ke-3 kepada Inas Insyirah.  
Semoga menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dipanjangkan umur dalam keberkatan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


31 Disember 2013

Nak tukar header blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ini adalah header lama blog yangbaik.blogspot.com.
Hasrat nak tukar header untuk tahun 2014.
Ada sesiapa nak sponsor? 

Header di atas tu memang sayang sangat.
Tetapi telah ditegur oleh Inas Insyirah.
Tersentak juga... tak cantik ker?
Bukan tak tak cantik tetapi tak 'molek' pada pandangannya
Jenuh juga mencari di mana maksud tidak 'molek' itu
Dan setelah berjumpa
Baru terfikir mungkinkah orang lain juga melihatnya begitu... sama seperti yang dilihat oleh Inas Insyirah


Alahai Inas... kenapalah umi tak perasan...
selamba jer dia cakap camtu...
Justeru... apapun penglihatan orang lain
memang kena tukar juga
sebab Inas selalu melihatnya bila umi update blog di rumah
tak sanggup lagi mendengar ungkapan yang keluar dari mulutnya itu...


Ini adalah header sekarang.  Fresh dari blogger.  
Header sementara... menunggu sponsor ataupun idea sendiri :D


sekian adanya.  terima kasih.


suka duka pentas dunia.



23 Disember 2013

Dia suka belon dan bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia memang suka belon dan bola.  Entah sudah berapa biji belon sudah berjaya dipecahkan.  Termasuk juga bola plastik.

Pernah satu hari beli dua biji bola plastik .. versi kanak-kanak la.  Ayah yang beria-ia sangat nak beli, kalau ikut umi memang tak layan dah.  Entah mengapa ayah kata dia cair bila anaknya merayu minta dibelikan mainan.  Ayah?!!!  Umi memang dah tak kuasa nak layan.

Tak ingat pula berapa hari belon kuning dan belon pink itu bertahan.  Adakah patut dicucuknya belon-belon tu dengan pensil... katanya nak tengok isi kat dalam.

Budak-budak... nak kata pelik memang dah begitu sifatnya kan...

Ayah pun dah tak terkata apa... mula-mula macam marah... tetapi dengar khabarnya si anak 'bodek' ayah sekali lagi nak beli belon ..... terpulang lah kat ayah...

Hari Sabtu lepas kami menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara ayahnya di Sitiawan.

Kalau ikutkan gelagat anak-anak memang umi dah tak segan... sebabnya memang anak-anak macam tu...  cuma umi mengharapkan jangan lah sampai jatuh atau rosak apa-apa barang yang berharga.


Tengoklah turutan gambar-gambar di bawah ni.... Umi suruh naik ke atas pentas nak tangkap gambar. Tetapi mereka berdua memang tak pandai posing... sudahnya umi dapat tangkap gambar 'candid' saja. :)



Mula-mula naik mata dah tenang kat benda alah tu.... geram sungguh rasanya... dah suruh ketengah sikit asyik... takmau..



Tengok... eiiii dicuit juga benda alah tu... nasib tak koyak atau pecah...



Dah kena jerit ... woi.. bukanlah kuat sangat... jerit manja gitu... barulah nak ke tengah sikit.

Lepas ni dan tak tau sampai bila... pasti akan diminta juga mana-mana belon yang dok bergayut depan kedai mainan.  Yang tak tahannya jeritannya ... memanglah... kalau tak berpaling semua orang memang bukan dia.

Kerenah anak-anak masa kecil... boleh lagi tahan kan... bila dah besar sikit...mudah-mudahan tidaklah sampai menyakitkan hati umi dan ayah.... boleh kan???


suka duka pentas dunia



28 November 2013

Durian untuk sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa agak lewat sikit.  Peristiwa pagi tadi baru nak cerita tengahari ini.  

Apa kesah... kan ini blog caca marba... :P

Petang semalam ayah (encik suami .. tak boleh panggil abang depan anak-anak nanti mereka pun ikut sama ehhh) bawa balik durian.  Katanya beli dari kawan kat pejabat 4 biji RM24.00.  Mahal ke tidak dah tak berapa nak faham sekarang ni sebab banyak sangat versi harga durian.

Durian ini bukanlah durian versi musang king atau D24 tetapi durian dari kampung.

ada rupa kucing tidur??

bila fokus dekat sikit... ada lah rupa sikit kan?


Si 'Gebus' ini lah yang pagi-pagi lagi celik mata nampak bauh durian kat luar... terus suruh umi buka durian... nak makan.  Tak payah susah-susah bagi alasan 'pagi-pagi tak boleh makan durian'  tak laku punya... memang tak makan pujuk.  Tunggulah nanti suruh ayah kopek.


Ayah memang sporting habis... sebab ayah sendiri pun memang nak makan kan???
Si 'gebus' ni bersemangat nak makan bukan kepalang lagi... dah buka... baru makan seulas pun tak habis dah tak nak... hai anak anak...

si kakak pun tumpang 'setangan' makan durian jugak.. boleh habis ker...kakak makan habis punya.

Bukan jer anak-anak, umi dan ayah pun tumpang sama makan durian pagi-pagi... buat sarapan.

Agak-agak petang ni sempat tak nak buat kuah durian... tak pun aiskrim durian.  Tunggu dan lihat sajalah bila umi balik kerja nanti tengok apa jadi?


suka duka pentas dunia