As salam,
Peribahasa Melayu "Malu Bertanya Sesat Jalan". Sekiranya kita sampai ke suatu tempat yang baharu dan kita tidak biasa dengan tempat itu, sebaik-baiknya jangan malu untuk bertanya untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai arah yang hendak dituju.
Sebaliknya jika banyak sangat bertanya dan banyak bertelagah kita mungkin juga akan kembali sesat kerana terlalu banyak pilihan hingga tidak tahu mana yang nak pilih dan akhirnya tersalah buat pilihan akibat daripada banyak sangat bertanya.