Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Habib Ali Zainal Abidin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Habib Ali Zainal Abidin. Papar semua catatan

07 Oktober 2016

Pesanan Jumaat: Fitnah di akhir Zaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pesanan Jumaat:  Fitnah di akhir Zaman


Gambar Hiasan


Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. 

Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. 

Ini demi menyelamatkan agamanya.

Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. 

Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. 

Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. 

Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. 

Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya, lagi Maha Mengasihani."

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]


Semoga mendapat manfaat.


Terima kasih baca entri ini, Pesanan Jumaat : Fitnah di akhir zaman
^-^

30 Ogos 2016

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang bukan untuk membandingkan kekurangan kita tetapi untuk menilai sejauh mana kebaikan berbanding kebaikan yang dilakukan orang lain. Jangan sampai kita salah faham atau salah anggap dengan melihat kelebihan orang lain dari segi perkara mazmuzah; perkara yang tidak baik.


Lihat kekurangan diri


Tengok sentiasa kekurangan diri dan kelebihan yang ada pada orang. Maka baru kita akan melihat kalau diri kita itu  memasuki pintu tawaduk. Orang itu dikatakan tawaduk, apabila dia melihat dirinya tidak ada nilai, melihat dirinya lebih hina dan lebih rendah daripada orang lain.  
(Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid)



Terima kasih baca entri ini, Lihat kekurangan diri dan kelebihan orang 

12 Ogos 2016

Pada hari Jumaat

Pada hari Jumaat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada hari Jumaat, ada satu waktu di mana bila berdoa, doa tidak akan ditolak.  Kata ulama waktu itu mungkin selepas subuh, sebelum khuthbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar... (Habib Ali Zainal Abidin)


Jumaat


Agak terlewat sedikit YB post entri untuk hari Jumaat ini kerana memberi laluan kepada lain-lain aktiviti.  Biarpun terlewat, hikmah tertera di atas boleh kita amalkan pada hari Jumaat yang lain. Dan jangan lupa juga pada hari selain hari Jumaat juga kita wajar berdoa dan bercakap perkara yang baik-baik kerana setiap ucapan kita itu adalah doa.

Semoga kita tidak lagi lalai dan leka dalam menutur bicara sesama kita.


Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini Pada hari Jumaat.

27 November 2013