Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Dr Azizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Azizan. Papar semua catatan

02 Ogos 2016

HIDUP INI

HIDUP INI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

HIDUP INI, begitulah seadanya.  Ada masa kita rasa gembira sangat apabila semua yang kita hajati tercapai dan terlaksana dengan mudah.  Kita merasakan bahawa kitalah insan yang paling bahagia dan paling gembira.  Saat-saat manis kegembiraan itu pastinya terpampang di mana-mana saja yang kita ada.  Contoh?  Seperti biasa di mukabuku, instagram, twitter, blog dan lain-lain aplikasi maya.

Kadang-kadang kita lupa bahawa kegembiraan kita tidak selalunya berpanjangan.  Maka ingatlah pesan orang lama "bila gembira tu simpan sikit".  Kenapa nak simpan?  Sebab bila kita sedang berduka kita boleh ambil sedikit kegembiraan masa lalu untuk dijadikan ubat dan penawar duka.



Hidup ini adalah bagaimana kita untuk membuat sesuatu yang boleh menambahkan pahala dan menjauhkan sesuatu yang mendekatkan diri daripada neraka.  (Dr. Azizan Osman)


Sesaja memanaskan suasana panas sekarang buat selingan.


Terima kasih baca entri HIDUP INI.

19 Januari 2012

Ungkapan Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ungkapan "Aku Kaya dan Berjaya" sudah pasti biasa didengar sekiranya anda pernah mengikuti program Dr. Azizan Osman iaitu Program Hidup Luar Biasa.  Sudah semestinya semua orang mahu hidupnya kaya dan berjaya, terutama untuk kesejahteraan keluarga.

Kehadiran Yangbiak ke mini Seminar Hidup Luar Biasa pada tahun lepas sungguh memberi makna dan erti.  Walaupun tidak mengikuti program berkenaan sepenuhnya (kerana ada siri penuh yang lebih menggegarkan), kesannya kepada cara hidup dan cara berfikir cukup memberi erti yang amat luar biasa.  Sebelum ini, motivasi diri (jati diri) mengenai cabaran hidup bekerja agak rendah.  Tetapi setelah setengah hari mengikuti program Hidup Luar Biasa, secara tidak langsung kami di ajar untuk berfikir secara luar biasa tambahan dengan slogan "saya kaya dan berjaya" dan "awak kaya dan berjaya".

Seperti juga kata-kata Dr. Azizan Osman, tidak semestinya peserta Seminar Hidup Luar Biasa akan beralih arah ke bidang perniagaan sepenuhnya, tetapi berupaya mendidik diri untuk lebih maju dan berjaya dalam kerjaya sedia ada.  Sungguh! Yangbaik amat sayang dengan kerjaya sekarang dan jika diberi peluang "saya kaya dan berjaya!".

Secebis memori dan ingatan serta penguat semangat diri.


25 Jun 2011

25 Jun 2011: Seminar Hidup Luar Biasa Bersama Dr. Azizan dan ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 25 Jun 2011, memang penuh semangat untuk berjumpa Dr. Azizan dan Afdlin Shauki maka dengan beraninya pagi-pagi telah merempit ke warung berdekatan beli kueh untuk anak-anak, nak masak tak sempat mana tidaknya si jari runcing tu awal pagi lagi dah bangun tak sempat nak goreng nasi.  Oleh kerana ayah mereka nak cepat pergi kerja... maka dengan semangat yang berkobar-kobar si ummi setelah mendapat izin daripada ayahnya setelah membeli kueh terus merempit pula ke lokasi menunggu seperti yang telah dijanjikan.

WAh!... akhirnya hasrat hati tercapai juga.  Sebelum bertolak ke Tropicana di Ipoh kami sempat dulu menikmati sarapan pagi .. roti canai banjir dan kopi radix... sejurus itu, kami terus meluncur laju ke Tropicana (sori tak ingat nama penuhnya)... ambil gambar pun tak sempat.

Sesampai kami ke sana (di Tropicana) ... palang letrik pulak rosak... nyaris lagi palang tu tak terkena kereta kalau tidak... nak saman ke?... tak yah bukannya kena teruk pun.  Cuma amat berharap pihak pengurusan dan keselamatan Tropicana lebih berhati-hati dan bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai...mungkin dah biasa terima tetapi janganlah abaikan keselamatan pengunjung.

Okey! tamat cerita kat luar masuk ke car park di tingkat 3 dan terus ke level 6 ke lokasi Seminar Hidup Luar Biasa.  Memang luar biasa, sebabnya sebelum hadir ke seminar ni, mana pernah Ummi merempit pagi-pagi... memang tak pernah di buat.  Maka bertepatanlah dengan ucapan Dr. Azizan nak hidup luar biasa kita perlu membuat keputusan yang luar biasa.  Nak sambung sikit, kita perlu keluar dari kepompong hidup yang biasa-biasa... supaya kita tidak disamakan dengan 'biawak'.  SAYA MEMANG KAYA DAN BERJAYA!!!

Yes... motivasi untuk kerja lebih tekun dan tidak menjumudkan pemikiran.  Tak perlu takut dengan kejayaan orang.  Orang yang berjaya itu harus dijadikan sebagai kawan dan sahabat untuk kita berkongsi rahsia kejayaan.  Harus ingat tak semua orang yang berjaya itu kedekut.

Bateri notebook ni dah nak abishhh... so sambung lagi cerita-cerita menarik dari insan yang hidupnya memang luar biasa.

Difahamkan pada 29 - 31 Julai 2011 akan diadakan satu lagi siri yang menarik...

Sekian.  memang tak der gambar.... sedih kan?... sob sob sob

.