Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Cerpen/Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen/Novel. Papar semua catatan

21 Oktober 2016

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Novel Giveaway by Arrien Amani


Akak memang suka baca novel.  Dari zaman sekolah hingga sekarang zaman bekerja dan zaman beranak pinak.  Cuma kekangan masa tu memang tak dapat nak elaklah.  Namun minat tu tetap ada dan masih lagi ada.  Dengan adanya penganjuran giveaway sebegini secara tidak langsung dapat peluang untuk menambah koleksi novel.  Jika ada rezeki dapatlah hadiah novel, jika tiada pun tak mengapa asalkan dapat kongsi trafik ke blog dan berkenalan dengan blogger baru pun kira dah cukup.

Skema tak intro akak?

Hahaha, skema sangat kan.  So, tak perlu sangatlah nak layan angan-angan.  Kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.

Jom klik banner di bawah untuk luaskan angan-angan dan dapatkan penerangan penuh. :P



Assalamualaikum :)

Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-


Jom!! ramai-ramai kita support giveaway rakan blogger.


Terima kasih sudi baca entri ini, Novel Giveaway by Arrien Amani.

17 Oktober 2016

Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak


Ha! apa kes, tetiba pula nak rebut novel dari Cik Akak nieh.  Sebenarnya akak YB bukanlah tersentap dengan blog tetapi mood blogging kedaung ... tak payah cerita lah kenapa.  Tentu korang perasan kan, semenjak dua menjak ni blog YangBaik dah jarang dikemaskini.  Biasalah kan blogger picisan cap ayam.

Novel Suri Hati Mr. Pilot

Novel Suri Hati Mr. Pilot



Eh, tetiba pula buat cerita sendiri.  Sebenarnya akak YB nak cerita hari ini, dah tengahari baru sempat buka blog.  Terserempak pula dengan blog Cik Akak Comei.  Cik Akak sedang mengadakan segmen atau giveaway di blognya.  Apa lagi bila tengok adak novel Suri Hati Mr. Pilot, cepat-cepat mood menulis blog datang.

Jadi, ini adalah entri akak YB untuk giveaway "Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak".

Kenapa aku nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot


Banyak sebab kenapa YB nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot.  Antaranya:
1.  Sudah lama tidak beli novel, terutama novel bertemakan percintaan. :P
2.  Minat sangat dengan lakonan akak Neelofa.  
3.  Nak tambah koleksi novel.
4.  Nak tahu lebih cepat apa kesudahan cerita ini dan boleh buat perbandingan sama atau tidak dengan drama kat tv (ASTRO).  Kalau tak sama kat mana, dan kalau sama kat mana. 
5.  Ada juga hadiah dari Cik Akak untuk akak YB :P

Maaf lah akak YB tak pandai nak buat ayat menggoda seperti yang Cik Akak nak.  Akak YB buat ayat biasa-biasa saja.  Mudah-mudahan dengan ayat-ayat biasa ada lah rezeki akak YB rebut Novel Suri Hari Mr. Pilot.


Peluang merebut Novel Suri Hati Mr. Pilot berlangsung 14 Oktober 2016 hingga 19 Oktober 2016 sahaja.  Penyertaan tamat jam 12.00 malam - 19.10.2016.

Korang, masih ada masa lagi untuk sama-sama berebut novel cinta yang sedang hangat.  

Klik banner di atas untuk info seterusnya.


24 Mei 2014

Al-Ma'thurat | Cintanya berputik di Madrasah Idrisiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Al-Ma'thurat |  Apabila cinta berputik


Surah Al-Ma'thurat

Ketika itu memang asing baginya.  Kerana dia belum pernah melihatnya apatah lagi membaca dan meneliti maksudnya.  Namun hari itu, dia sedar ada sesuatu pada surah itu dan dia harus segera mendapatkannya.  Puas juga difikirkan di mana hendak dicari surah yang tidak pernah didengarnya.  Bagaimana hendak diterangkan rupa atau bentuknya dia sendiri tidak tahu.

Sudah hampir seminggu atau lebih surat itu diteliti dan menghayati isi kandungannya. Ditanya pada ibu apa itu ma'thurat tetapi tiada jawapan yang memuaskan hati.  Ibu pernah bersuara agar surah berkenaan dicari di kedai buku.  Tetapi dia bingung kerana di pekan yang terdekat kedai buku dimiliki oleh orang 'asing'.  Masakan dia tahu apa itu surah al-ma'thurat.  Kerana di kedai buku itu apa yang ada hanyalah majalah hiburan, majalah sukan dan juga beberapa buku rujukan untuk sekolah... tidak pernah dijumpai mana-mana buku berkaitan agama suci ini.