Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Cabaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran. Papar semua catatan

08 Januari 2015

Cabaran tugas penting hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran tugas penting hari ini


Perancangan untuk tugas penting hari ini telah dibuat pada tahun lepas tetapi tidaklah sampai 12 bulan, hampir 1 bulan tetapi disebabkan tahun yang berbeza nampak macam lama sangat.

Kita mampu merancang. In shaa Allah dengan kehendak Allah atas tujuan yang baik, perancangan kita akan terlaksana dengan sempurna.  Setiap halangan pastinya dapat diatasi walaupun penuh debaran.

Hari ini, perjalananan dari Seri Iskandar ke Tapah melalui jalan Kampung Gajah ke Chenderong Balai betul-betul mencabar.  Bukan kerana pemandangan sepanjang jalan yang penuh dengan air, tetapi terpaksa meredah air atas jalan.

Misi Selesai


Gambar di atas diambil semasa perjalanan balik dari Tapah, antara jalan dari Chenderong Balai ke Kampung Gajah.  Tidak ingat pula apa nama jalan atau nama tempat.  Tetapi tempat ini biasa dilalui untuk perjalanan ke Teluk Intan dan juga Tapah.  Bezanya pada hari yang lain yang pernah dilalui, jalan ini tidaklah sebegini mencabar.

Misi penting di Tapah bukan kerana hendak menyelamat mangsa banjir tetapi atas tugas rasmi yang merupakan satu daripada agenda penting untuk pendidikan. Walla... Cabaran untuk misi penting itu sudah selesai dan pelaporan juga telah berjaya disiapkan sebentar tadi.  Mungkin ada penambahbaikan sikit tunggu komen dari ketua kumpulan.

Cabaran yang penting yang menggoncang jantung dan kepala lutut adalah ketika melalui jalan ini. Syukur Alhamdulillah, berjaya dilalui dengan selamat.

Semoga urusan kita didasar dengan niat yang ikhlas untuk kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Selamat bertugas dengan penuh dedikasi kepada petugas Misi Bantuan Penyelamat.  Sematkan keikhlasan dan kesabaran.  Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Terima kasih.

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.

23 Ogos 2013

Langit Tidak Selalu Cerah - Cabaran berumahtangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Pernah dengar atau terbaca tak kat mana-mana ayat ini "orang kalau nak jadi kuat perlu berumahtangga (kahwin), kerana kesabaran dalam mengharungi cabaran dalam alam rumahtangga mampu menjadikan orang itu orang yang gagah dan kuat".

Ada ketika juga kesabaran kita agak terbatas dek kerana lemahnya semangat dan lemahnya mental dan fizikal.  Betul tak?

Bukanlah bermaksud nak beradu kekuatan mental dan fizikal.  Tetapi hendak berkongsi idea dan pandangan dari salah seorang penceramah hebat.

Berikut adalah antara beberapa cabaran dalam berumahtangga.  Haruslah dibaca, diteliti dan renungi dimana cabaran yang sebenarnya dalam kehidupan....



Cabaran dalam kehidupan berumahtangga

1.  Ingkar pada suruhan Allah dan laranganNya
2.  Tidak nmendapat restu ibu bapa
3.  Ingkar pada permintaan pasangan
4.  Masalah komunikasi dalam rumahtangga
5.  Masalah seksual yang tidak seimbang
6.  Campurtangan keluarga
7.  Gangguan orang ketiga
8.  Tekanan dan masalah kesihatan
9.  Masalah kewangan
10.  Enggan berubah dan tidak mahu berusaha
11.  Malas bekerja
12.  Kurang penghargaan dan belaian
13.  Tidak seimbang antara kerjaya dan rumahtangga
14.  Cemburu dan iri hati terhadap pasangan
15.  Hilang rasa hormat dalam rumahtangga
16.  Sibuk menuntut hak tetapi enggan memberi hak
17.  Pengaruh media cetak dan elektronik
18.  Anak-anak bermasalah - derhaka kepada ibu bapa, tidak melaksanakan perintah Allah, terlibat dengan gejala sosial seperti dadah, rempit, zina dan buang bayi.




Mampukah kita mengharungi semua cabaran di atas?  Sudah tentu mampu kerana cinta itu buta.  Dan... kita sudah tentu sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang kita sayang dan kita suka iaitu rumahtangga yang aman dan bahagia serta mendapat berkat dan Rahmat dan Allah.

Lakukan yang terbaik untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan kita.  Kerana kita adalah kita dan hanya kita yang tahu kekuatan sebenar yang ada dalam diri kita.


Sekian.

Rumahku Syurgaku

Terima kasih


.

03 Ogos 2012

Cabaran ketika berada di jalan raya

As salam



Boleh tak kita samakan Cabaran hidup ini sama dengan Cabaran SEO?  Eh... gurau jer.  Sebenarnya banyak cabaran dalam kehidupan kita seharian antaranya cabaran ketika berada di jalan raya.  Yang penting cabaran ketika memandu.

Banyak kerenah yang harus kita hadapi.  Antaranya kita perlu berhadapan dengan keadaan jalan raya, sikap pemandu kenderaan lain (kereta, lori, motorsikal), sikap pejalan kaki termasuk juga sikap anak-anak ketika berada dalam kereta (bagi yang berkereta).


1.  Keadaan Jalan Raya
Jalan raya yang baru dibuat memanglah cantik, rata dan elok.  Terutama di kawasan perumahan yang penduduknya belum ramai lagi.  Bila dah lama sikit, macam-macam sampah ada atas jalan dan tepi jalan yang mengganggu laluan.  Dibuat pula selepas lori sampah mengangkut sampah, dibiarnya tong sampah berselerak tepi jalan.  Dan, tuan rumah tak pula perasan dan tak pula ada perasaan nak betulkan semula kedudukan tong sampah.  Bukankah memudahkan dan memberi laluan kepada orang ramai boleh dapat pahala? 

Itu belum kira keadaan jalan raya yang atau lebuh raya besar.  Kadang-kadang jalannya berlopak dan berlubang sana sini.  Mungkin tak sempat nak turap...

Sebagai pemandu kenderaan bermotor dalam apa jua situasi jalan raya hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya cara pemanduan tidak mengundang bahaya kepada orang dalam kenderaan mahupun yang berada di luar.


2.  Sikap Pemandu
Sikap pemandu turut menyumbang kepada cabaran bagi pemandu yang lain.  Memandang tidak semua pemandu (sama ada berlesen atau tidak) mempunyai sikap memandu yang baik.  ada yang suka belok ke kiri tanpa memberi 'signal' sampaikan kita kat simpang ni dok tertunggu-tunggu.

Tidak kurang juga ada sebilangan pemandu yang suka memandu perlahan di laluan sebelah kanan.  Macam tak pergi sekolah pulak.  Kita nak potong sebelah kiri tak kena.  Ada pulak yang suka berhenti tiba-tiba (terutama) bila nampak simpang atau lorong yang nak dimasuk.  Geram jer... Tak boleh ke lajak ke depan sikit.

Kita juga yang kena berhati-hati dan beralah.  Mudah-mudahan tiada yang mendatangkan mudarat.


3.  Sikap Pejalan Kaki
Sikap pejalan kaki satu hal lain pulak.  Tak kira tempat dan masa kira nak berkepit saja.  Hoi... ini jalan raya la bukan taman bunga.  Ada pula yang berdedai-dedai dan berdoyon-doyon melintas jalan beramai-ramai (berjemaah la konon).  Wahai, memang la pemandu tak akan langgar.  Kan ke lebih baik jika berjalan ikut tertib, ingat sama orang lain dan pengguna jalan raya yang lain mereka juga ada hak dan nak kejar masa.  Bukannya nak tunggu kome ajer. 
Kalau tak kena langgar tak per lah... kalau terkena... sapa nak jawab.  Kita boleh kata ini jalan kita kita ada kuasa untuk guna jalan ni... tetapi kalau dah jadi apa-apa (nauzubillah) sapa yang tanggung deritanya.

Sama-samalah kita berwaspada dan berhati-hati.  Semoga dipermudahkan laluan kita.


4.  Sikap anak-anak dalam kereta
Sikap anak-anak.  Jika tidak ditegur dengan baik maka lagi lah mereka buat perangai.  Seelok-eloknya sebelum keluar dan sebelum memulakan perjalanan berilah pesanan kepada anak-anak supaya tidak berbuat bising di dalam kereta.  Kadang-kadang kebisingan anak-anak di dalam kereta terutama ketika memandu di jalan yang sibuk boleh mengganggu tumpuan.  Nak tekan brek tertekan minyak... nak belok kiri pi belok kanan ntah mana jer sampainya.
Anak-anak perlu ditegur dengan cara yang baik dan berhemah agar mereka mampu berinteraksi dengan baik dan mendengar cakap.


Banyak lagi sebenarnya cabaran yang harus dihadapi oleh pemandu.  Biar apapun cabaran yang mendatang yang pentingnya setiap pemandu haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan mempunyai hati dan perasan untuk turut sama menjaga keselamatan diri sendiri, orang tersayang dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Berhati-hati ketika memandu semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.



"suka duka pentas dunia"



31 Julai 2012

Cabaran Menghias Rumah

As salam,


Ini bukan rumah @yangbaik tetapi rumah contoh di MRCB di Puncak Iskandar; Banglo Areca adalah pilihan untuk membuat kolam renang atau tidak di tepi rumah yang bersambung terus dalam rumah.


andaikata inilah rumah @yangbaik memang sungguh mencabar untuk menghiasnya.  Manakan tidak dengan tiga orang pengikut cilik yang tegar sentiasa 'membantu' dalam setiap tugasan menghias.  Kita hias di sini mereka hias di sana.  Rumah sekarang ni.... dindingnya dah jadi mural tak cukup dengan kertas A4 1 rim yang dibeli setiap bulan untuk mengasah bakat seni, habis dinding rumah pulak silap-silap beg dan baju pun jadi sasaran.   alahai.

Andai kata nak menghias rumah, kena tunggu lagi....


inilah Pembantu Setia yang sering membantu dalam mengemas rumah.... hahahah peace!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap hamba memiliki Tuhan yang pasti akan ia jumpai dan rumah yang kelak akan dia tempati. Maka hendaklah ia menjadikan Tuhannya ridha kepadanya sebelum ia menjumpai-Nya dan menghiasi rumahnya dengan baik sebelum ia pindah ke sana dan menempatinya.


(Seorang ahli hikmah)
 
 
 
"suka duka pentas dunia'

13 Julai 2012

Cabaran SEO dan kaitannya dengan aktiviti harian

As salam


Perjalanan cabaran SEO masih jauh, namun sejak semalam badan dah rasa kurang selesa.  Hik3   sebenarnya tiada kaitan pun sebabnya badan yang tidak selesa kerana tidak cukup rehat.  Badan kurang selesa juga kerana masih banyak kerja yang tertunggak... sedihnya :(


 adakah iPad baru bakal jadi hadiah untuk Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati?

sehingga ke hari ini, hadiah yang ditawarkan adalah:
  1. 1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
  2. 2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
  3. 3rd Prize - RM200 cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
  4. 4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
  5. 6-7 Prize - RM50 Cash each
  6. 8-10 Prize - RM30 Cash
  7. 11-20 Prize - RM10 Cash 
  8. Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash + iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
Sehingga itu peserta untuk cabaran SEO semakin bertambah dan semakin meriah!

Menantikan detik 31 Ogos 2012 memang mendebarkan.
 
 


12 Julai 2012

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati: Jika Tidak Dipecahkan Ruyung Mana Dapat Sagunya

As salam

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.  Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.  Itu pepatah Melayu lama, kerana orang dulu-dulu menyimpan sagu di dalam ruyung.  Zaman sekarang mana ada orang simpan sagu di dalam ruyung, simpan di dalam peti ais jer.  Maklumlah zaman dah berubah tetapi usaha-usaha tetap usaha kan?

Rasa macam lari tajuk jer antara perenggan pertama dengan tajuknya.  Tak perlah, betul juga kan sebab yangbaik bukannya tahu sangat trik berkaitan SEO.  Memang tercabar jugalah.  Dengan penyertaan daripada otai-otai blogger yang arif dengan SEO, entah-entah kedudukan yangbaik hanya dipinggiran saja.  So, betullah kan dengan pepatah lama tu kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya. 

Nak dapat hadiah untuk contest Cabaran SEO ni memang tipu lah kalau bukan itu hasratnya.  Walau apa pun andai tak berjaya dapat hadiah bagi cabaran SEO dapat masuk nama dalam cabaran SEO pun jadilah.


Contest Cabaran SEO adalah contest menyelam sambil minum air ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com

Ramai sungguh penaja contest Cabaran SEO ni. 
Meriah-meriah


''suka duka pentas dunia"


cabaran SEO



25 Mac 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Gambar yang menggambarkan hari ini penuh dengan sejarah.

Walaupun hari ini penuh dengan sejarah, memang sedih untuk dilalui tetapi terpaksa dilalui juga kerana jika tidak dilalui pastinya hari ini tidak akan berakhir dan sudah pasti hari esok tidak akan muncul.  Bolehke?  Biar apapun yang dilalui sudah pasti kita mesti tempuhi dengan semangat yang kuat dan ketabahan.



dan... sejarah hari ini turut dilalui oleh dua orang kanak-kanak riang ini yang mungkin tidak kenal erti kesedihan.  Walaupun begitu mungkin juga jauh di sudut hari mereka tersimpan secalit kesedihan tetapi tidak terucap dan tidak terzahir seperti kita orang dewasa.


eh eh... Fatin Liyana dan Irine Nadia Marcello dah keluar dalam segmen blogger di Safiyya TV9.  Agak-agaknya lah bila pula tiba giliran blogger yang bernama yangbaik.  He... perasan jer... namun begittu harapan tu tetap menggunung walaupun blog yangbaik tidaklah sepopular mereka... memang jauh panggang dari api... ibarat langit dan bumi... jauhnya populariti mereka berbanding blog yang baik.


Lari sekejap dari kesedihan tadi... sekejap lagi nak sambung makan kek keju...mungkin juga boleh membantu meredakan kesedihan ini agar ia tidak bertapak lama, namun minggu hadapan bagaimana pula nak dihadapi... entahlah...


Biarlah rahsia... sesiapa yang terdekat jika ada yang membaca blog ini mungkin dapat merasai kesedihan tu...

Cukuplah dulu...

21 Mac 2012

Remaja Lari Ikut Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Entah di mana hendak dimulakan cerita
Mengapa remaja lari ikut kekasih
adakah kerana kehendak hati tidak dipenuhi
Lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik

Mengapa cetek sangat pemikiran
Ikutkan kata hati yang tiada pedoman
Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya


Putus kah sudah semua ikatan
hingga akal jadi mati
hati jadi tuli
basi

Lari dari rumah
ke mana tujuan
hilangkah keselamatan di rumah sendiri
hingga terpesona dunia luar
tiada belas ihsan
jua simpati
kepada ibu
kepada ayah
kepada keluarga
... Penting sangatkah kekasih tuli....
ikut saja membuta tuli???

Salahkah ibu beri teguran
salahkah ayah beri amaran
atau lebih sayangkan kekasih yang tiada pegangan
hingga lari jadi pilihan

Cukuplah sudah apa terjadi
gayat sungguh dengar berita
bimbang suatu hari kelak
berita kehilangan tidak dipeduli
kerana sudah menjadi jelak
akhirnya kecewa ibu dan bapa
anak sendiri bawa sembilu

Wahai remaja...
remajamu hanya sekali
biar sekali itu memberi erti
penuh makna penuh berkat
buat bekal ke akhir hayat

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati biarlah meninggalkan nama
baik dikenang ke anak cucu

...

19 Mac 2012

Perlukan perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Perlukan perubahan?  Perlu.  Manusia perlu berubah tidak kiralah dari segi imej, kewangan atau pekerjaan.  Pekerjaan?  Belum lagi ke arah itu. 

Perubahan ini bukan untuk diri penulis tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Penulis sendiri bukan sekali bahkan berkali-kali kepingin berubah dalam kerjaya, gaya fesyen dan juga kehidupan.  Tetapi seperti biasalah... perubahan itu satu cabaran dan ia memang menakutkan.

Menakutkan kerana tidak pasti dan tidak tahu apa yang bakal terjadi setelah berubah.

Untuk perubahan memerlukan kekuatan hati dan semangat juang yang tinggi serta kekuatan peribadi untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang tiba.

...

16 Mac 2012

Jatuh merudum | Nasi ayam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



lihatlah !!!

hari ini data kunjungan yang dikutip oleh Nuffnang.com jatuh merudum.  Kemungkinan kejatuhan itu adalah kerana sehingga artikel ini ditulis jauh sungguh beza masa antara artikel semalam dengan artikel hari ini. 

Jadi, oleh kerana tiada cerita terkini makanya tiadalah kunjungan baru.

... rehat jap... lapar sangat dah nie, nak sambung makan nasi ayam kawan belanja... tengkiu ani.

no gambar .... hehehe

..

13 Mac 2012

Lupakan kekhilafan lalu bina semangat baru jangan biarkan hati membeku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1. Dalam kehidupan seharian kita pasti tidak lari dari segala ujian, cabaran dan juga pujian.  Namun pujian itu yang diterima sedikit sahaja berbanding kemarahan atau kebencian.

2.  Pernah kita diberikan sesuatu tugasan, namun jarang sekali tugasan itu dapat disempurnakan dengan jayanya tanpa kerjasama banyak pihak antaranya rakan setugas atau 'stakeholder'.  Bukan bermaksud mereka tidak memberikan kerjasama tetapi tidak dapat memahami keperluan tugasan kita serta had kuasa yang ada pada kita.

3.  Aye pernah berhadapan dengan satu situasi yang agak memilukan di mana seorang daripada sahabat telah dipersalahkan kerana beliau dikatakan 'pandai-pandai' buat keputusan.  Sedangkan apa yang diucapkan jauh sekali dari apa yang beliau hadapi.  Ini semua gara-gara salah faham, tidak mahu memahami serta ingin melepaskan 'tengkok' sendiri.  Dalamerti kata lain tidak mahu bertanggungjawab dan lantas meletakkan kesilapan itu pada orang lain yang diminta bantuan.  Patut ker?

4.  Berusahalah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada alam sekitar serta manusia sejagat.  Tidak pula bermakna menerima semua kesalahan yang dilakukan orang lain tetapi lebih kepada bersedia menerima teguran dan menerima kenyataan mengenai kelemahan diri seterusnya berusaha memperbaiki diri.

5.  Elakkan lah juga sifat cepat melenting dan terus menyalahkan orang lain.  Fikirlah dahulu berita yang diterima itu.  Adakah ianya benar atau sekadar ayat 'bodek' supaya dia terlepas dari hukuman.  Fahami maksud sebenar disebalik pelaporan.  Fikir jauh sikit dan pandang ke depan jangan statik sahaja.

6.  Tidak elok menyusahkan orang lain dengan perkara yang remeh temeh dan tidak ada kaitan dengan dirinya.

7.  Janganlah 'sampai hati' membiarkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan atau mangsa manusia yang tidak mahu mengerti hati dan perasaan orang lain.

8.  Kemajuan teknologi bukan untuk disalahgunakan sebaliknya gunalah kemudahan teknologi yang ada untuk kebaikan diri sendiri dan manusia sejagat.

9.  Elakkan menyimpan dendam atau kemarahan kerana ia mampu menjejaskan kecantikan sebenar yang ada dalam diri atau luaran.  Dendam kesumat itu mampu mendatang pelbagai gejala penyakit dan akan menjejaskan kesihatan sebenar.

10.  Siapalah kita untuk berdendam dan menyimpan benci kepada orang.  Sedangkan ia sedikitpun tidak mendatangkan keuntungan atau kekayaan malahan kerugian juga kegelapan bakal menyelelubungi segenap ruang kehidupan.


Sekian.

21 Februari 2012

Berani biar bertempat walau pantang dicabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Biasanya ayat pantang dicabar dikaitkan dengan lelaki.  Memang betul ke lelaki ni pantang dicabar atau sekadar bualan saja.  Maaf yer bukan nak mencabar mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi rasa dan pandangan berkaitan cabaran dan pantang larangnya.

Biasa juga orang akan berkata 'aku memang pantang dicabar'.  Tetapi sebenarnya mengapa bila dicabar harus berpantang pula.  Pantangkan untuk perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan.  Eh... melalut la pulak.

Okeylah, begini jika ada orang mencabar... cabaran tu bukannya kuat mana pun sekadar kata-kata sahaja.  Habis kata-kata habislah cabaran tu kan. Adakah perlu cabaran itu disahut, jika tidak disahut biarkan saja tak boleh ker?

Beranikah menyahut cabaran jika ianya kelak bakal merosakkan prestasi kerja dan juga maruah diri mungkin tercalar.  Ada juga yang akan mengatakan kalau tak sahut mana nak tahu apa natijahnya.  Tetapi bukankah kita diberikan otak untuk berfikir mana baik dan buruk. 

Sebenarnya Yangbaik sendiri dalam dilema untuk sahut cabaran ini, tetapi khuatir pula akan menjejaskan reputasi.

Apa cabarannya? Biarlah rahsia.

15 November 2011

11.11.11 | Seharian berkampung di HAT Lumut

Assalamualaikum


Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam.  Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri.  Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu.  Semuanya tidak sihat.  Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya. 

Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa.  Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna.  Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya.  Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.

Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut.  Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah.  Mudah-mudahan mereka selamat.  Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah.  Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa.  Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin  suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...

Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula.  Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...


....>-<
......

Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...

.

21 Oktober 2011

Janji yang tertunggak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


masih ingat dengan logo di atas?

Logo di atas adalah berkaitan dengan catatan mengenai Peraduan Kecil Untuk Semua.  Peraduan berkenaan diadakan sepanjang minggu aye mengikuti Kursus Induksi Khusus dan Umum Bil. 148/2011, telah pun ditutup pada 29 September 2011.

Sambutan untuk peraduan berkenaan agak kurang menggalakkan.  Namun itu bukanlah alasan untuk aye berdiam diri.  Terdapat satu (1) penyertaan yang dibuat secara rasmi.  Walaupun penyertaan berkenaan kurang menepati syarat tetapi tetap dihargai.

Peserta berkenaan adalah: 
http://2nurhafiz2009.blogspot.com/2011/09/karma-bukan-karisma-bukan-kama-atau.html

Oleh kerana hanya satu saja penyertaan yang dibuat secara rasmi, maka tiadalah cabutan yang perlu dilakukan.  Aye sedang menimbang untuk menyediakan saguhati.  Oleh kerana kesibukan tugas sekarang agak ... agak2 lah kan... hadiahnya akan aye nyatakan dalam masa terdekat.  Ianya merupakan sebuah buku.  Nantikan kemunculannya dalam beberapa ketika... Maaf sangat-sangat kerana tidak dapat diuruskan segera. 

Selamat!

>_<

29 September 2011

Peraduan kecil untuk semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

"letakkan header ini di entry penyertaan"

Oleh kerana dalam seminggu dua ini aye akan mengikuti Kursus Induksi dan berkemungkinan tiada kesempatan untuk mengemaskini blog sudah tentu akan hambarlah kunjungan ke blog ini. 

Justeru itu untuk memberi sedikit peluang kepada para pengunjung ke blog ini, aye dengan rela hati menganjurkan 'Peraduan kecil untuk semua'. 

Peraduan ini mudah sahaja, apa yang mesti dilakukan ialah:

1.  Buatkan satu entry dengan tajuk "Peraduan kecil untuk semua oleh yangbaik".  Ceritalah apa sahaja dalam entry berkenaan tiada paksaan.  Di dalam entry berkenaan perlu diletakkan gambar header di atas.
2.  Tinggalkan link entry berkenaan ke ruang komen di entry ini.
3.  Itu sahaja.

Hadiahnya akan dikemaskini bila ada kelapangan semasa kursus kelak.

Tarikh tutup :  29 September 2011, jam 23.59   12:00 tengahari.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan oleh 5 orang.  Bermakna akan ada 5 orang pemenang.
Sekian. selamat untuk semua semoga berjaya.

14 September 2011

Yang ada di Surau itu hak milik awak seorang kah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Harta yang ada di surau itu biasanya bukanlah hal milik individu terutama yang diwakafkan seperti telekung, sejadah, rak kain dan cermin muka.

Ada pula seorang hamba ini bukan seorang bahkan mungkin juga lebih orang yang beranggapan kemudahan yang ada di Surau itu seperti hak untuk kegunaannya seorang.  Contohnya meletakkan tudung di rak dengan melepasi semua palang.  Tak taulah macam mana nak gambarkan.  Tapi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti terasakan.  Tidak terfikir kah oleh insan itu bagaimana orang lain nak meletakkan tudung mereka di ampaian itu.

Hello!!! bukan awak seorang saja yang ada tudung cantik tau.  Orang lain pun hado gak... Kalau awak dah letak tudung awak tu penuh palang macam mana orang lain nak letak tudung pulak... Nak letak atas lantai ker...

Nasib baiklah orang lain ada ikhtiar hidup... Kalau tidak... sendiri jawab lah...

Sekian.

*.*

09 September 2011

Nak bercontest juga...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dok tertanya-tanya sendirian nih, sapa lah yang nak join contest yangbaik.
Dah banyak hari dah publish contest... tu tapi senyap jer...
susah sangat ker... atau terlepas pandang
kalau agak-agak susah nanti aye senangkan...
stop sat.... nak kaji semula contest tu... nampak macam susah jer...

27 Jun 2011

Cabaran Hidup Luar Biasa #1 | Mengatasi perasaan marah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini, kita sering berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran untuk menikmati Hidup Luar Biasa.  Siapa yang hidupnya luar biasa?  Mereka adalah hidupnya berbeza daripada manusia yang biasa-biasa. Siapa pula orang yang hidupnya biasa-biasa.  Bukan nak menumpang populariti Seminar Hidup Luar Biasa oleh DAO, tetapi nak ambil tajuk berkenaan untuk berkongsi pandangan bagi mengharungi cabaran untuk hidup luar biasa dengan cara terhormat dan bermaruah serta jati diri yang terndiri.  Semoga boleh memberi menfaat kepada diri sendiri dan juga kepada anda yang membaca.

Cabaran 1:  Jauhi sifat marah

Untuk hidup luar biasa, kita perlu atasi perasaan marah.  Kerana orang yang suka marah-marah ... kasihan kan... simpati pun ada. 

Memanglah orang itu akan marah kepada seseorang yang lain apabila tugasan yang diberikan tidak dilaksanakan dengan sempurna.  Tetapi sebelum marahkan orang yang tidak menyiapkan tugasan itu, adakah diselidiki puncanya kenapa tugasan itu tidak siap atau tidak sempurna.

Memang simpati.  Adakah kerana takutkan reputasi menurun maka jadikan sifat amarah itu sebagai raja dalam diri yang menguasai minda dan akal logik.  Kita perlu sedar dengan marah berterusan tidak ke mana.

Susah dan memang susah kalau kita berada di tempat orang itu.  Tetapi cubalah bertenang dan berfikiran waras sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa.  Dan jangan kerana sifat itu menjadikan maruah diri kita tercalar.  Marah kita itu sebenarnya tidak ke mana kerana ia akan tamat di situ atau suatu masa kita akan bersendirian.

Bagaimana berhadapan dengan sifat marah

Bersabar, bertenang.  Tulis memang senang nak buat?  Senang jer... kawal marah itu.  Tanamkan dalam minda tak perlu marah-marah.

Marah bukan caranya

Nasihat adalah cara terbaik untuk berhadapan dengan situasi orang yang tak tau buat kerja atau tak faham buat kerja.

~~~~~~~~~~
memang tak suka nak tulis ni... sambung lagi

jangan segan-segan juga untuk berkongsi pandangan anda untuk mengatasi perasaan marah ini.

sekian dulu