Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Buffet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buffet. Papar semua catatan

20 Julai 2012

Bufet Ramadhan & Sahur Di Hotel UiTM Shah Alam

As salam,



Hari ini adalah hari melihat anak bulan Ramadan.  Maka malam nanti akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan tarikh mula 1 Ramadan.

Sementara itu, layan dulu antara menu Ramadan bagi tahun 2012 yang di sediakan oleh Hotel UiTM




Hotel UiTM Shah Alam

Bufet Ramadhan - Sri Impian

Bermula 23 Julai hingga 16 Ogos 2012 ,
6.00 petang hingga 9.00 malam

RM 45 (Dewasa) | RM 19 (Kanak-Kanak)* 4-10 tahun

 
&


Bufet Sahur - Anggerik Terrace Coffee House

 
22 Julai hingga 16 Ogos 2012 , 12.00 tengah malam hingga 4.00 pagi

RM 18 (Dewasa & Kanak-Kanak) * 4-10 tahun



***



Istimewa



*10% untuk 10 tempahan awal beserta bayaran penuh bermula 23 hingga 27 Julai 2012

*Diskaun 10% untuk kakitangan UiTM

*Diskaun 50% untuk warga emas

*Diskaun 10% untuk pelajar IPTA/IPTS

*Ruang solat disediakan

* Kaunter zakat

* Persembahan artis







Untuk tempahan hubungi :

03-55192069/75/76/78 sambungan 310 atau

email : hoteluitmshahalam@gmail.com

08 Ogos 2011

Buffet Ramadhan dan Sahur Hotel UiTM Tahun 2011/1432

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,


Setelah sekian lama hanya sekadar tajuk dan catatan yang teramat ringkas, maka dengan ini dipersembahkan.... ewah ewah.............. cerita sebenar di sebalik Bufet Ramadan & Bufet Sahur di Hotel UiTM Shah Alam.


Ada sesiapa yang berminat?  Jom kita selusuri apa yang terdapat dalam bufet itu...


Nikmati buka puasa dan sahur di Hotel UiTM
Bufet Ramadhan : RM 42 seorang(Dewasa), RM 20(Kanak2 ,4 - 10 tahun)
6.30 petang hingga 9.30 malam dengan 5 menu yang berbeza setiap hari.
************************************
Bufet Sahur :RM 15 (Dewasa & Kanak2)
12.00 Tengah malam hingga 4.00 pagi
Untuk tempahan dan keterangan lanjut ,
sila hubungi : 03 - 5519 2069/78/75 sambungan 310,
Bahagian Tempahan Ramadhan atau Coffee House.
Istimewa :
* Ruang solat disediakan

11 Ogos 2010

Penggemar Bufet Ramadhan - Buka Puasa di Mana?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini memberi penuh makna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awas bufet Ramadan

PUTRAJAYA 10 Ogos – Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

‘‘Sehingga 9 Ogos lalu, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan diberikan pensijilan halal oleh Jakim.

“Dari Mei hingga Julai lalu pula, Jakim telah menerima permohonan daripada sembilan hotel. Empat telah diluluskan manakala lima lagi dalam proses,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad berkata, kesedaran pengusaha hotel mengenai kepentingan sijil halal semakin meningkat kebelakangan ini.

“Pada 9 Ogos sahaja, Jakim menerima permohonan daripada 10 buah hotel dengan dua daripadanya telah selesai bagi proses dokumentasi manakala lapan lagi dalam proses semakan dokumen.

“Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6 hingga 8 Ogos di Johor Bahru menerima kunjungan wakil dari 50 hotel yang menghadiri taklimat mengenai pensijilan halal.

“Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pengusaha hotel,” katanya.

Oleh THOMAS CHONG (pengarang@utusan.com.my)