Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

28 Ogos 2011

Ada apa dengan Arsenal dan Manchester United

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan Arsenal dan Manchester United?   Arsenal dan Manchester United (MU) adalah antara pasukan bola sepak yang terunggul dengan kelasnya yang tersendiri. 

Logo Arsenal - dipinjam dari Mr Google.

Logo dan background merah bagi Manchester United - juga dipinjam dari Mr. Google
Tiada apa sebenarnya yang aye tahu tentang dua kumpulan bola sepak kelahiran England ini. Aye bukanlan peminat atau penyokong tegar Arsenal atau Manchester United atau mana-mana kumpulan bola sepak.  Cuma sekadar mengetahui kewujudan pasukan ini kerana sering dipromosi di media massa seperti berita sukan di Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3 atau RTM. 

Dan sekarang aye sering mengikuti juga perkembangan pasukan bola sepak tempatan dan luar negara dari blog denaihati.  Banyak juga maklumat mengenai perkembangan terkini mana-mana perlawanan dalam BPL 2011/2012.  Sekadar mengambil tahu saja.


27 Disember 2010

Yang baik tentang pohon kurma dan Suzuki Cup 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bahagia dan teruja juga nampaknya di penghujung bulan untuk tahun 2010 ini, walaupun kita sering digembarkan dengan berita-berita sedih tentang kemalangan jalan raya yang menyayat hati dan pelbagai kisah duka lain, terselit juga berita gembira yang tidak kurang hebatnya.

Setelah sekian lama Malaysia sering dibayangi berita duka tentang bolasepak.  Namun berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia pastinya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3 0 pada perlawanan akhir pusingan pertama.  Sudah tentu menjadi harapan seluruh warga Malaysia agar kemenangan itu akan dibawa terus ke perlawanan seterusnya. 

sumber gambar
Memang mengejutkan, dalam perlawanan awal Malaysia sering tewas dan menang dengan kemenangan yang agak tipis... Seperti hero dalam drama pulak, kalah awal kemudian menang di hujung cerita.  Semoga pasukan bolasepak Malaysia tidak sebegitu... TERUSKAN KEMENANGAN UNTUK NEGARA.

Pada pendapat aye, kesudian YAM Sultan Pahang mencemar duli turun ke padang pada malam itu amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada pasukan Malaysia barangkali.  Sekadar pendapat saja... nak cakap lebih-lebih kurang sesuai pulak dengan aye yang bukanlah peminat tegar bolasepak.  Tetapi aye menulis cerita ini sekadar untuk meluah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, menyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula".  Ibnu 'Amr