Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Alam Sekitar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Sekitar. Papar semua catatan

28 September 2013

Beg Strawberry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada hari Sabtu sekarang ni... kebanyakan pasaraya besar tidak menyediakan beg plastik kepada pembeli sebagai langkah atau tindakan kearah 'green earth'.  Ye lah kan beg plastik tu lambat lupus dan pembakarannya pula menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Apa lagi... untuk tujuan membeli belah pada hari Sabtu (terutama hujung bulan setelah dapat gaji) bersedialah dengan beg sendiri untuk lebih mudah membawa barang yang dibeli.


Dan... antara beg yang paling sesuai dibawa ke pasaraya adalah beg strawberry.  Ianya comel dan mudah dibawa terutama oleh Inas Insyirah... Sila abaikan latarbelakang kerana ianya dalam proses kemaskini dan akan diubahsuai segera.

Strawberry ini bukan untuk dimakan tetapi untuk mengisi barangan yang ringan dan mudah dibawa.  Paling rendah yang boleh diisi adalah barang yang bernilai tidak lebih RM20.00 tertakluk kepada saiz dan berat.... 

Ohh... kempen apakah ini?

Inilah kempen guna semula beg yang ada dirumah untuk membeli belah pada hari Sabtu dan pada hari-hari yang lain juga sebagai sumbangan kepada mesra alam.

Sekian adanya.  Selamat membeli belah dan berjimat cermat itu amalan mulia, elakkan pembaziran yang akan merugikan keluarga dan diri sendiri.

Terima kasih.


17 Jun 2012

Panas, Kebakaran Hutan dan Jerebu

As salam


Sekarang memang musim panas.  Dan, dimana-mana akan kelihatan kesan kebakaran kecil terutama di sekitar kawasan semak di tepi jalan raya.

Tetapi yang agak menghairankan ada juga pihak yang sanggup membakar rumput di padang permainan kanak-kanak.  Mungkin untuk memudahkan urusan dan tak perlu di mesin rumput atau lalang yang tumbuh. Kesannya... kelak pakaian anak-anak kita yang bermain di padang akan penuh dengan kesan arang hitam dan debu.  Satu kerja lagi pulak nak menyental baju kotor.

Kemungkinan juga dalam keadaan panas dan kering ini ada orang sanggup mengambil kesempatan untuk membakar semak samun yang tumbuh meliar di sekitar kawasan parit.  Atau secara kebetulan? 



entah tak taulah apa sebabnya tak dapat nak upload gambar asap berhampiran parit besar...
 

dan... masih juga tak dapat siarkan gambar ini...

...asap yang berkepul keluar dari pucuk pepohon getah....


Sebenarnya jerebu yang berlaku bukan sahaja sekitar kawasan Seri Iskandar tetapi juga hingga ke pekan Beruas.   Sepanjang jalan yang ditempuhi memang kelihatan kabur sahaja pemandangan tetapi tidak sekabur pemandangan di Kuala Lumpur seperti yang disiarkan di kaca TV.

Sekian

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

13 Februari 2012

Sepanjang Jalan Kenangan | Seri Iskandar ke Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Sepanjang jalan kenangan bagi setiap langkah dalam perjalanan ke suatu destinasi tersendiri
berhadapan dengan pelbagai situasi bermula dengan kehijauan alam dan akhirnya kehijauan batuan yang menggunung

suatu perjalanan itu dimulakan dengan Bismillah dan juga doa menaiki kenderaan.  Kenderaan itu juga haruslah dipastikan berada dalam keadaan siap siaga dan sedia digunakan serta selamat untuk penumpangnya

setiap perjalanan itu ada pembahagiannya bagi mengenalpasti arah tujuan ke Barat atau Timur, ke Utara atau Selatan
Jangan sesekali terbabas ke jalan yang lain laluan kenderaan lain kerana mereka juga ada arah tujuan mereka sendiri
jangan dikejar lampu yang hijau juga usah dilanggar lampu yang merah malahan kuning juga harus berhati-hati

Perhatikan di kiri dan kanan jalan laluan itu, kerana di situ juga ada kehidupan berilah mereka laluan dan lapangkan juga hidup mereka...lihatlkah durian nan sebatang itu adakah mampu ia bertahan untuk satu tahun lagi atau sepuluh tahun lagi...

Nun di sana kelihatan hijau rimba, pepohonan menjulang tinggi seolah menongkat awan, melambai lembut sang bayu senja.  Kelihatan lantainya telah dirobek rakus sang jentolak. 
Untuk pembangunan?  Ya! dalam kehidupan ini perlu kepada pembangunan dan perubahan.
Sayangnya kehijauan itu terpaksa dikorbankan.... demi sebuah pembangunan...


Kelihatan indahnya alam bersama kehijauan pepohonan muda... hasil usaha anak muda
Adakah ia mampu bertahan lama... selagi ada usaha gunakan masa serta tenaga yang ada pelihara alam hijau bumi kita.

Sekian dulu ranjau kehidupan sepanjang jalan penuh kenangan.  Hijau alam indah di mata.

Kisah hijau batu bakal menjelma...

*