Pageviews

Memaparkan catatan dengan label #hatiseorangpekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #hatiseorangpekerja. Papar semua catatan

05 Julai 2019

Kerana kerja tak pernah habis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana kerja tak pernah habis


Kerana kerja tak pernah habis.  Sejurus kita tandatangan setuju terima kerja dan lapor diri di depan bos, di situ bermulanya kerja kita secara rasmi.  Atas apa jua alasan kita sudahpun terikat dengan segala peraturan dan perjanjian kerja.

Kerana kerja tak pernah habis

Namun, ada masa dan ketika kita perlukan masa untuk diri kita sendiri.  Melarikan diri dari kesibukan kerja bukan satu alasan yang baik.  Kerana bila kita melarikan diri (dengan sengaja) ketika orang lain (rakan sepejabat) sedang bergelumang dengan segala jenis persiapan dokumen kita sebenarnya dengan sengaja dengan menempah kebencian.  Betul tidak baik benci membenci tetapi dengan helah bermadah yang tiada asas menjadikan ornag lain muak dengan sikap kita.  Boleh saja kita biarkan saja apa orang kata, tetapi... hebatkah kita sampai bila bila?

Fikir-fikirkan.

💞

11 Januari 2018

Hidup ini datangnya seketika cuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini datangnya seketika cuma


Hidup ini datangnya seketika cuma
Untuk yang seketika itu buatlah baik banyak-banyak
Tak perlu hiraukan orang yang tidak dengar cakap kita
Biarkan kita dengar cakap dia andai itu yang membuatkan dia bahagia dan dengar semula cakap kita.

Hidup ini datangnya tidak lama
Biarpun telah puluhan tahun kau lalui
Belum tentu esok lusa kau ada lagi
Doakan saja semoga dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan mendapat rahmat
Biarkan umur yang panjang itu membawa manfaat buat makhluk sekitar
Usah jadikan umur yang panjang itu membawa derita kepada insan lain




Hidup ini begitu singkat
Semalam itu kita ada
Hari ini belum tentu kita ada sepenuhnya
Esok kita akan menjadi kenangan... andai kita tiada lagi
Innalillah....

Kematian tidak pernah meminta izin
Juga tidak pernah mengenal batas waktu
Kerana itu... dikesempatan yang ada ini
Usahakan yang terbaik buat semua
Biar kenangan itu yang baik-baik
Kita tidak minta disanjung dan dipuja
Tetapi cukuplah kenangan yang ada mengenai kita itu kenangan yang baik dan manis... tidak menyakitkan hati insan yang mengenangnya

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku
Kerana ianya telahpun berlaku
Tidak perlu diulang lagi
Hentikan hasad dan iri itu
Jika boleh dikutip semula sisa hasad itu... kutiplah di mana kau tebarkan layarnya.

Hidup ini...tinggal sisa & saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.
Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia & membahagiakan.
Orang yang ceria & menceriakan

Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kebaikan tanpa rasa hasad dan rasa iri.
Kerana hasad dan iri itu menyakitkan... bukan diri sendiri tetapi siapa saja yang terlibat
Kita tidak pernah terfikir hasad itu mampu membakar jiwa yang lain-lain lagi.....


Nukilan salzarida
Tanggal 11 Januari 2018, Khamis 23 Rabiulakhir 1439
Disaat menjelangnya pertemuan bermata-mata......debaran ini amat menyakitkan.
Semoga mendapat ketenangan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan menjelangnya perhitungan itu....

Hidup ini datangnya seketika cuma

26 Disember 2017

Selasa Terakhir Disember 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selasa Terakhir Disember 2017


Selamat pagi semua.  Semoga pagi ini dan hari ini membawa rahmat dan keberkatan hingga ke akhirnya.  

Baca tajuk hari ini pun dah rasa semacam.  Tapi percayalah semua tajuk terakhir ini adalal cliche kerana dah memang hari ini hari Selasa terakhir bagi tahun 2017.  

Hari ini terpaksa bekerja walaupun sebenarnya hati bersama dengan anak di Sekolah.  Hari ini adalah hari orientasi untuk anak darjah satu di SKIP.  Semoga dimudahkan urusan ayahnya.  Terima kasih kepada ayahnya kerana membantu memudahkan urusan hari ini.




ALLAH
has already written the name of your spouse for you.
What you need ti work on is your relationship with Allah.
He will send her/him to you when you're ready.
It is only a matter of time.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Selasa Terakhir Disember 2017.

19 September 2017

Siapa lagi yang hendak disalahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa lagi yang hendak disalahkan


Sudah menjadi lumrah alam
Bukan sahaja awak atau mereka tetapi saya juga terpaut sama
Siapa lagi yang hendak kita salahkan bila terjadinya kesilapan
Bila semuanya seperti tidak kerana
Hanya kerana cuai mendengar arahan
Atau kurang ambil peduli akan perakuan
Atau seribu lagi alasan
Rekalah bermacam-macam alasan
Semuanya akan berpatah kembali kepada kita.

Siapa lagi yang hendak disalahkan bila orang lain yang sebaya denganmu mampu menggapai awan
Sedangkan dirimu masih lagi bertongkat dagu

Tiada siapa peduli apa yang kau alami
Tiada siapa ambil kesah apa yang bakal kau hadapi
Tiada siapa peduli

Lalu ... apa pula tindakanmu
Adakah semata-mata menuju kesalahan itu kepada sang lain
Sang lain lebih berkudrat dari mu?
Sanggupkah?
Tidakkan
Hanya yang mampu kau bertikam lidah dari belakang
Bersuara di depan kau memang tidak mampu
Kerana kau bukan sesiapa
Sesekali kau yang rasa sendiri
Apa itu pencacai
Apa itu balaci

Jadi... bersiap sedia dalam apa jua situasi
Bersedia mental dan fizikal
Biarpun sekarang badan sudah lesu
Mindapun sudah mula bercelaru


Cukuplah...

Berdoalah
Moga kau dikurniakan kesihatan yang baik
kesihatan mental dan fizikal yang teguh
Kekuatan bersuara bukan kerana menentang tetapi kerana kebenaran

Semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi
Semoga tanggungjawab yang kau pikul itu bukanlah beban
Semoga dimudahkan urusan insan disekelilingmu

Terima kasih.

25 Julai 2017

Hari yang agak sibuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari yang agak sibuk


Seperti biasa juga setiap pun adalah hari yang sibuk.  Kenapa sibuk?  Sebab ada kerja.  Kalau tiada kerja balik rumah... rehat.  Mana ada istilah tiada kerja kalau kita sudahpun bekerja.  Setiap hari ada saja kerja yang perlu dilakukan dan disiapkan.  Ada tugas yang datang tiba-tiba, tugas yang tidak dirancang tetapi muncul untuk diselesaikan.  Lumrah kehidupan orang bekerja.




Hari ini, sibuk sikit kerana ada tugas baru yang perlu dilaksanakan.  Tugas baru di pejabat sekarang. Sebelum ini pernah juga buat tugas sebegini tetapi sudah terlalu lama.... hampir 15 tahun dahulu.

Bila dah dalam kesibukan ini macam-macam kerenah yang kita akan temui.  Kerenah manusia yang pelbagai.

Sama ada kita kenal seseorang itu sudah lama atau baru, kita masih perlu hormat dan jaga adab... mengikut apa peranannya ketika itu dan siapa kita ketika ini.  Dalam situasi yang berbeza pembawakan seseorang itu berbeza sedikt.  Langsung tidak sama ketika di kedai kopi atau ketika ceramah.  Semuanya ada karakter tersendiri.  Kita yang perlu mahirkan diri melihat kepada situasi dan keperluan semasa.

Justeru pengajarannya, walau di manapun kita berada sentiasalah ikut peraturan atau paling tidak jagalah adab di tempat orang.


Terima kasih kerana sudi melayan celoteh pada Hari yang agak sibuk.

szi😊

07 Oktober 2016

Akan ada masanya kita terpaksa terima

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akan ada masanya kita terpaksa terima


Pada satu hari yang kita sendiri tidak pasti
Ada kejadian yang tidak dapat dielak
Bukan kerana kita tidak mahu mengelak
Akan ada masanya kita terpaksa terima




Kita harus faham akan situasi itu
Bila mana mereka tiada pilihan
Dan kita sebenarnya bukanlah pilihan terakhir
Tetapi kita adalah pilihan yang terbaik
Maka kita akan terpaksa terima 
Walau pada awalnya ia satu pertanyaan
Namun akhirnya menjadi arahan
Hanya kerana kita dirasakan layak

Dalam keadaan bagaimana sekalipun
Walau kita mengelak
Walau kita mendiamkan diri
Walau kita membisu
Walau kita memalingkan wajah
Walau kita menundukkan muka
Seolah tidak tahu apa-apa
Seolah tidak mahu ambil tahu
Walaupun kita tahu
tetapi kita tidak pasti
Apakah kita yang akan terima tugas ini
Atau orang lain yang lebih layak

Nah, sekarang sudah pasti kan?
Maka kita terima saja tugasan itu
Tanpa banyak bicara
Tanpa banyak alasan
Kerana orang tidak suka alasan
Walaupun kita layak untuk beri sejuta alasan

Percaya atau tidak
Arahan itu tiba bukan dengan sengaja
pastinya ada sebab tertentu
yang dinamakan takdir
Bagaimana kita hendak menolak takdir 
Bilamana kita tidak mampu melarikan diri
Seumpama ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maka kita harus terima dan pasrah

Ambil saja peluang untuk belajar
Perkara itu memang baru bagi kita
Kita punya keupayaan untuk belajar
Ambil masa untuk belajar
Jangan ambil masa yang lama sangat
Kelak menyusahkan diri kita

Ambil saja peluang itu sebagai pembakar semangat
Kita pasti tidak mahu selamanya berada di sini
Yakin kan diri bahawa kita hendak berubah
Berubah ke arah yang lebih baik
Bukan kerana tugas sekarang tidak baik atau kurang baik
Tetapi kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk tugas sekarang

Maka, 
ambil peluang ini untuk melakukan yang lebih baik
Buat yang terbaik bukan untuk anugerah
Buat yang terbaik bukan untuk nama
Tetapi,
lakukan yang terbaik kerana itu amanah yang wajib kita lakukan dengan sehabis baik.

In shaa Allah, kebaikan sentiasa mengelilingi kita
Bila mana kita ikhlas dalam melaksanakan tugas kita.




Terima kasih baca entri ini, Akan ada masanya kita terpaksa terima
@-@


26 Ogos 2016

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat

Coklat dan Pen sebagai agen momentum pembakar semangat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Coklat dan Pen sebagai agen momentum semangat pada hari ini.  Biarpun coklat Van Houten dan Pen besar Happy Rabbits itu sebenarnya YB beli pada pagi semalam.  Macam mana nak cerita ehh...

Masih teringat kata-kata daripada seseorang yang amat YB kagumi.  Biarlah nama dan jawatannya tersemat di sanubari YB.  Korang pun mesti ada seseorang yang menjadi idola dan kata-katanya korang jadikan sebagai agen momentum.  YB ingat, beliau pernah berkata; sebagai pekerja kita tidak dapat elak daripada dimarahi oleh Bos atau rakan sejawat.  Marah oleh rakan sejawat itu mungkin kita boleh terima kerana kita akan anggap itu sebagai satu gurauan.  Tetapi itu semua tidak meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada kita.  Pesan beliau lagi sekiranya kita ditegur lantas menyebabkan emosi kita terganggu, maka carilah sesuatu penawar untuk mengubati kesakitan itu.

Penawar yang dicari itu tidak perlu besar, mahal atau susah.  Cukup sekadar kita pergi 'window shopping' lepas waktu pejabat.  Atau ketika waktu pejabat boleh saja kita larikan diri seketika ke bilik solat, buatlah solat sunat dua rakaat.  Jika masa tidak sesuai, istighfarlah.... mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kerja kita.


Coklat dan Pen
Coklat Van Houten dan Pen Happy Rabbits dengan 7 warna :P

Dan, apa pula kaitannya gambar di atas dengan kena marah?

Begini.  Pen dan coklat itu dibeli semalam, sebagai menghargai diri sendiri atas usaha yang telah dilakukan sepanjang sebulan perkhidmatan.  Masih tak nampak?  Memang tak kan nampak.  Sebab hari ini baru nak upload dan nak bercerita pasal entiti dalam gambar tu.  Lagi pula memang tiada kaitan pun dengan teguran pada hari ini dengan entiti yang dibeli semalam.  Untuk teguran hari ini mungkin YB akan dapatkan sesuatu yang menarik lagi sebagai pengubat hati.

Okey... memang entri ini lari lintang pukang.  Tajuk lain, intro lain, gambar lain dan penutupnya juga lain.  Tetapi YB harap korang yang baca ni, dapatlah apa mesej yang YB hendak sampaikan.  Kalau tak dapat... Tak dapatlah YB nak tolong. 


22 Julai 2016

Satu Pejabat Bau Sate

Satu Pejabat Bau Sate



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu Pejabat Bau Sate tetapi mana rupa sate tidak kelihatan.  Pagi tadi, semasa thumb-print perasan juga kat luar tu macam ada majlis.  Tapi YB tidak kisah sangat.  Nak cepat masuk ofis, sebab dah lambat.  Masuk saja ke pejabat am, hidung ini sudah menangkap bau semacam bau ayam percik pun ada juga.  Kawan-kawan dalam ofis masing-masing dengan urusan sendiri. Dibiarkan saja mereka dengan bau seakan ayam percik.

Masuk bilik sendiri, ingatkan kot adalah sepiring ayam percik kot. Siapalah yang rajin betul pagi-pagi lagi sudah menyiapkan ayam bbq.  Bisik dalam hati.  Tetapi, bila difikirkan dengan logik akal ada ke orang buat bbq pagi-pagi nie.  Mana ada! Petang atau malam adalah.  Hehehe... saja jer nak buat kempunan kat diri sendiri.



YB ni, gambar bbq atau sate pun tiada dalam koleksi.  Jadi YB letak gambar potong kek marble dan kek batik.  Kek di atas diterima ketika tiada di ofis juga.  Ada kawan-kawan buat perjumpaan dan potluck.  YB tak dapat join kerana ada mesyuarat penting.  Memang tiada kaitan antara gambar di atas dengan tajuk entri ini.

Dipendekkan cerita hari ini, untuk menghilangkan bau sate yang semerbak mengharum dalam bilik maka terpaksalah YB buka tingkap.  Mungkin sampai petang juga lah... Tetapi tak mengapa bukan bau busuk pun cuma bau sate ini menambah lagi rasa lapar.

Korang pun suka juga makan sate kan?

Terima kasih sudi baca entri ini Satu pejabat bau sate.

23 April 2015

Dua taklimat pada hari yang sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua taklimat pada hari yang sama


Amat jarang berlaku perkara begini.  Tetapi inilah yang terjadi apabila ada penganjur yang berbeza tetapi ahli yang berlainan.  Hari ini ada dua jemputan taklimat pada masa yang sama tetapi tempat yang berlainan.  

Jemputan yang pertama diterima pada awal minggu lepas.  Taklimat berkaitan Persediaan Audit yang bakal diadakan pada bulan Jun 2015.  Taklimat ini diadakan secara video conferencing.  Taklimat yang penting untuk persediaan menjelang audit akreditasi.  Sehari dua lagi bakal bermula dengan hari-hari yang penuh dengan kesibukan.

Coklat dan Pen


Coklat ini sebagai pengalas perut sementara menunggu sarapan atau mungkin juga makan tengahari.  Ada kawan tegur "eh, nak makan pun sempat lagi tangkap gambar".  Apa awak nak kata kalau ada orang tegur macam tu.... sengih aje ler... makanan kita kan bukan dia yang punya hehehe... hilangkan stress jap.

Jemputan untuk taklimat kedua diterima pada hujung minggu lepas.  Itupun selepas waktu pejabat, hanya pada hari Isnin baru perasan ada e-mail jemputan.  Kedua-dua taklimat terpaksa diadakan dalam masa yang sama walaupun ahlinya ada sebahagiannya terpaksa menolak kepada ada taklimat lain yang lebih besar.

Taklimat yang terpaksa yang tolak adalah Taklimat Pengurusan Perolehan yang dianjurkan oleh Pejabat Bendahari.  Nampaknya untuk proses perolehan tahun ni... terpaksalah dilaksanakan oleh orang lain.  

Pada dasarnya kedua-dua taklimat itu adalah penting.  Tetapi kita kan... terpaksalah menolak salah satu untuk menerima satu lagi... Tak mampu hadir ke dua-dua taklimat dalam masa yang sama.

Bagaimana boleh jadi begini... hanya mereka saja yang tahu.  


09 Oktober 2014

Patutkah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Patutkah kita

gambar hiasan

Patutkah kita...
dengan rela melukakan hati orang lain
Atau mungkinkah kita tidak sedar
ataupun kita tidak ambil tahu pun hati orang itu

Tahukah kita andainya luahan yang sama ditujukan kepada kita
Apa pula perasaan kita
Tiada rasa apa-apa kan?
Kerana hati itu sudah mati
hati itu mati kerana sikap kita yang sombong dan angkuh
bangga dengan kebolehan diri sendiri
bangga dengan kepandaian kita sendiri
bangga dengan pangkat yang kita ada

Patutkah kita...
dengan hati yang terluka
menyimpan dendam kesumat kepada dia
Sudah tentu dendam kerana sakit hati itu tiada galangnya

Biarkan saja dia sakiti hati orang
Kerana hati dia umpama batu
pelarasan setimpal pasti dia perolehi
selaras dengan apa yang dia perlakukan

Kita ini tiada apa untuk didendami
Kerana kita juga sering alpa
Lalai dan lupa
Kerana kita manusia

Lalu humbankan saja sakit hati itu ke benua hujung sana
Biar hati kita ini bersih dari luka
Biar hati kita ini suci dari noda
Kerana kita ada hak untuk hidup aman

Berserah diri kepada Yang Maha Besar
Semoga hati kita kembali bersih dan segar
Tetap teguh bersama Nur Firdaus...


nukilan:  yangbaik | 8102014 | 13:30
(saat kejutan melanda kerana alpa... sakitnya biarpun terasa harus segera pulih dari noda)

07 Oktober 2014

Mentaliti itu hak ekslusif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mentaliti itu hak ekslusif

sumber gambar:  google.com (mentaliti)


Menurut takrifan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir; daya fikir. Mentaliti juga merupakan kaedah atau cara berfikir, keadaan akal atau kebolehan berfikir. Mentaliti juga berasal dari Bahasa Inggeris yang bersinonim dengan minda,pemikirancara berfikirsikapsifatpandangan hidup.

Semua maksud itu membawa kepada cara kita menerima dan bertindak ke atas sesuatu isu, pesanan atau arahan.  Dalam keadaan tertentu tidak semua isu itu berkaitan secara langsung dengan kita tetapi tidak salah untuk kita mengambil tahu sedikit untuk menambah pengetahuan dan bukan bermaksud untuk "jaga tepi kain orang".  Jika ianya tidak penting tidak perlu ambil kisah pun.

Tetapi apa yang menjadi isu utama dan perlu dibahaskan adalah apabila sesuatu isu, pesanan dan arahan itu memang khusus didatangkan untuk kita, maka mahu atau tidak kita perlu hadamkan pesanan itu dan bertindaklah dengan cara yang lebih pro-aktif dan pantas sepantas mungkin yang kita mampu bukannya ambil tindakan sambil "lewa".  Kesannya mungkin tidak datang secara langsung kepada orang yang menerima arahan tetapi kepada orang yang memberi arahan.  

Sejauh mana keberkesanan arahan dan pesanan yang disampaikan?

Adakah perlu disusul setiap masa supaya arahan tadi difahami dan digerakkan?

Terpulang kepada kita untuk menilai sejauh mana mentaliti dan penerimaan kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki minda dan mentaliti kita ke arah yang lebih baik.

(8-8)




Kembali semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kembali semula


Ewah... tajuk memang tak boleh pakai sangat.

Hari ini kembali semula bekerja setelah bercuti selama 3 hari.  3 hari sahaja, cukuplah.

Semoga pekerjaan hari ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.


25 Ogos 2014

Putihkan hari dengan motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Putihkan hari Isnin dengan Motivasi


Isnin, 
Mulanya hari bekerja 

Isnin,
Kelmarin meja ini ditinggalkan dengan riang
Meja ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki longgokan kerja

Isnin,
Hari ini meja itu penuh kembali dengan pelbagai macam istilah
Baru terasa sebenarnya meja ini bukan ditinggalkan bersendirian
Biarpun pintu itu berkunci
Inovasi mencipta pintu dibuka untuk dilonggokkan kerja atas meja
Ha ha ha...

Isnin,
Ku mengharapkan motivasi di awal pagi ini mampu memutihkan semangat yang lemau
Inilah hari Isnin... penuh dengan kontroversi
aku yang perlu berubah demi membawa semangat baru 
Motivasi hari ini..... menjelang tengahari semua kerja yang dirancang sewajarnya disiapkan
Ketepikan gosip-gosip 'liar' yang menerawang di muka pintu 
Tumpukan sepenuh perhatian
Semoga layar khidmat hari ini berkibar megah semegah jalur gemilang.



15 Ogos 2014

Jaga hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jaga hati dan perasaan

Ada perasaan, beri perasaan (simpati), dapat simpati (bantuan)

Tajuk di atas boleh saja diabaikan sekiranya ia langsung tidak menggambarkan apa yang akan diceritakan.

Cerita ini lebih kepada menjaga hati dan perasaan orang sehingga kadang-kala terabai hati dan perasaan kita.  Tetapi kita tidak perlu bimbang dan gusar kerana hati dan perasaan kita adalah milik Allah.  Sentiasa berdoa semoga dikurniakan kekuatan hati dan kebaikan perasaan untuk kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Ketika pertama kita akan dilihat sebagai tidak tahu apa-apa dan tidak mahir melakukan apa-apa.  Kerana kita memang tidak kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu.  Tidaklah salah untuk orang menyangka begitu tetapi kita seperlunya belajar dan memahami kepakaran yang bagaimana sesuai dengan kita serta keupayaan kita yang terhad.  Jika pun kita tidak mahir, bantulah seikhlas hati semoga usaha itu menampakkan hasil yang memuaskan jika pun tidak cemerlang.

Kita juga pasti akan rasa kecewa bila mana kita tidak mampu memberi kecemerlangan kepada organisasi. Tetapi itu bukan salah kita seorang kerana usaha ini memerlukan kerjasama ramai dan idea yang bernas.

Pada ketika lain, kita mampu memberi idea kepada orang untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.  Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang lain.  Kita juga tidak mampu melaksanakan idea itu lantaran idea itu untuk orang dan bukan untuk kita laksanakan bersama-sama.

Justeru apabila memberi idea pastikan idea itu kita juga mampu laksanakan atau paling tidak idea itu tidak menyusahkan orang lain.

Pada masa yang lain pula kita seperti hendak abaikan sahaja apa yang berlaku di depan mata.  Untuk masa akan datang yang kita tidak tahu apa-apa.  Kerana perancangan kita jarang sekali terlaksana dengan sempurna sekiranya tiada kerjasama serta 'kebenaran' dari Ilahi.

Kita sebenarnya terikat dengan hati dan perasaan kita yang halus.  Kita berasa bahawa hati kita cukup besar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.  Kita kadang-kadang tidak tahu menjaga hati kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan ketika bercakap dengan orang lain.  Kita bercakap ikut suka hati... lalu kita bersama kesal atas kesilapan kata-kata kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan kita ketika kita membuat keputusan.  Lantaran itu apabila keputusan itu tidak diterima kita mula menggelabah dan tidak ketahuan.

Bukankah lebih baik kita adukan sahaja kelukaan dan kedukaan hati kita kepada yang membolak-balikkan hati insan.  Terus saja berdoa kepada Allah yang memegang hati kita.  Doalah supaya hati kita tidak dibolak-balikkan.  Biar kita tegas dan reda dengan setiap kejadian.

Jaga hati dan perasaan orang itu lebih baik kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Tentang hati dan perasaan kita.... adukan saja ketika berada di sejadah.

Sekian.

08 Ogos 2014

Jumaat Penghulu Segala Hari | Perancangan dan Pelaksanaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Penghulu Segala Hari 


Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari Jumaat yang mulia ini.

Hampir saja kehilangan kata-kata dan juga semangat hanya kerana satu berita tergempar yang baru diterima. Pagi-pagi lagi dah sibuk menguruskan projek 'mega' yang terjadi secara bidan terjun, walaupun tak suka terpaksa suka dan laksanakan sebaiknya dan semampunya.  Kerana projek ini diterima 'dari langit' dan tidak diketahui siapa empunya pelaksananya.

Tetapi tugas itu bukan sahaja melibatkan saya seorang yang terkejut tetapi banyak lagi pihak yang tidak sangka akan jadi begini.  Dari perubahan tempat dan perubahan ahli serta perubahan agenda.  Buat sementara waktu hanya itu yang terfikir dibenak fikir yang cetek ini.  Lain-lain tugasan penting telahpun dilaksanakan oleh satu pihak lain.  Tugasan saya tidak banyak... itu pada firasat saya dan ia bukanlah kesilapan besar bukan juga kelalaian saya

Jumaat penghulu segala hari.  Permulaan tugas hari ini bermula dari dua atau tiga hari lepas yang datangnya tidak disedari dan juga tanpa diduga.  Bukanlah masalah besar mana cuma agak tergugat sikit bila terasa seperti tugasan itu diserahkan kepada bukan empunya diri.  Sabar dan tabah.

Hari ini ... pagi hari mendapat pujian. Kembang jugak... hati ini berbunga-bunga bukan tidak pernah dipuji tetapi sesaja mengembangkan hati agar urusan hari ini dipermudahkan.

Selesai tugasan penting untuk separuh masa pertama hari ini.  Gembira dan teruja kerana dipermudahkan. Alhamdulillah.

Satu kejutan ini bukan sahaja saya yang tidak suka tetapi satu pejabat tidak suka.  Namun apakan daya kita mampu merancang biarpun untuk 10 tahun akan datang tetapi perubahan itu datang dalam sekelip mata. Lalu apakah yang bakal berlaku dengan perancangan itu.  Haruskan ia diabaikan, dimusnahkan atau murnikan semula.

Senang cakap... semuanya untuk kesenangan dan kemudahan.  Tetapi untuk siapa?  Reda dan pasrah. Maka minda ini perlu disetting semula untuk menerima perubahan itu.  Tiada perubahan yang terus diterima baik. Apa juga yang berlaku perlu mengambil masa untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian.

Sehingga kini, biarpun masih keliru.... pertukaran itu ada sebabnya yang tersendiri.

Semoga dipermudahkan.

01 Mei 2014

Hati Seorang Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat hari pekerja.

#hatiseorangpekerja pada 1 Mei seluruh warga dunia mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Buruh atau Hari Pekerja.  Kalau tak silap dari zaman sekolah lagi hari ini antara hari yang ditunggu.  Bukan kerana budak sekolah kena bekerja tetapi pada hari ini hari cuti umum kerana cikgu juga cuti.  Sebenarnya percayalah pada zaman sekolahan dulu memang tidak tahu pun apa peranan pekerja.  Kalau tahu pun tidak faham sangat kan.



Tetapi sekarang bila dah bekerja tahulah peranan dan #hatiseorangpekerja.  Walaupun demikian perasaan masih sama iaitu konsep 1 Mei adalah hari cuti umum.