Pageviews

21 Jun 2018

Adakah kita ini insan pilihan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adakah kita ini insan pilihan?


Kita suka membuat pilihan.
Sesiapan pun suka buat pilihan.
Selalunya kita akan memilih yang terbaik
Yang terbaik dari segenap sudut
Terbaik untuk diri kita sendiri

Bila diperhatikan jarang sangat kita memilih yang terbaik untuk diberikan kepada orang lain.
Kerana kita sendiri pun tidak pasti adakah pilihan kita itu yang terbaik.



Jika kau harus memilih, 
pilihlah yang terbaik
Dan bila kau adalah yang terpilih,
lakukanlah yang terbaik.
(The Tarbiyyah)


Untuk itu, sentiasalah berusaha lakukan yang terbaik walaupun tidak sempurna. 

Terima kasih kerana memilih untuk membaca entri ini, Adakah kita ini insan pilihan?

💦

20 Jun 2018

"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Buka Buku Baru" Giveaway by Mai


Alhamdulillah, masih berpeluang menyertai "Buka Buku Baru" Giveaway by Mai.  Giveaway yang dianjurkan oleh Pengantin Baru.  So tema Buka Buku Baru ini adalah bersempena dengan buku baru dalam kehidupan Puan Mai yang baru memulakan hidup sebagai isteri.  Selamat datang ke #Kelabsuamiisteri.

Sebagai anggota dalam #kelabsuamiisteri apa yang penting adalah menjadi pendengar setia dan sabar dalam setiap tutur kata ataupun perbuatan.  Paling penting untuk tidak pentingkan diri sendiri sebaliknya mengambil kira kekurangan kita yang ditampung oleh kelebihan team kita (suami/isteri).  Setiap perjalanan yang ditempuhi setiap hari adalah semuanya mengenai perkara baru yag mesti dihadam dan difahami.

Semoga Puan Mai dan suami berbahagia hingga ke Jannah.

Dan... seterusnya kita tengok ada apa pula dengan giveaway ini.

Buka Buku Baru" Giveaway by Mai

Tarikh Tamat Giveaway :  15 Julai 2018.  Klik banner di atas untuk menyertai giveaway ini.


Terima kasih kepada semua kerana sudi singgah baca dan tinggalkan komen untuk entri ini.  Jom sama-sama kita berikan sokongan kepada pengantin baru dalam entrinya "Buka Buku Baru" Giveaway by Mai


💖

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my



Masih berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog ini.  jadi kita tingkatkan trafik dengan cara banyakkan entri.  Antara cara untuk banyakka entri adalah dengan menyertai segmen atau giveaway.

Paling untuk bila ada Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my.  Untung bila dapat masuk bloglist dapat ramai rakan blogger baru.

Jom kita tengok .

Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my


Segmen bakal tamat pada 30 Jun 2018.  Klik banner di atas untuk dapatkan maklumat mengenai segmen ini.


Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri ini.  Jom kita meriahkan Segmen Bloglist Julai hingga September 2018 ciklapunyabelog.blogspot.my

19 Jun 2018

Mystery Giveaway by Flavnesz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mystery Giveaway by Flavnesz



Jujur diakui akak memang lemah dalam bahasa Inggeris.  Jika sekadar membaca tu boleh, nak fahami maksudnya ambil masa sikit... kalau nak tulis balik lagi kelaut nahu kemana PT FT PPT semua lintang pukang.  Sebab tu lah akak tak ambil degree lagi sebab akak belum ambil MUET.  Memang salute abih lah kat adik-adik yang dah tamat Master dan PhD bagai.  tapi ini bukan point penting untuk dibahaskan di sini. Sebab entri ini adalah entry untuk penyertaan dalam  Mystery Giveaway by Flavnesz



Mystery Giveaway by Flavnesz



Seperti yang tertera pada banner comel di atas, giveaway ini akan tamat pada 30 Jun 2018.  Masih ada masa lagi kepada yang berminat untuk selongkar giveaway ini.  

Macam mana nak turut serta?  Klik jer pada banner di atas dan ikutlah langkah-langkah comel yang mudah yang diberikan oleh penganjur giveaway.

Baru pertama kali akak mengenali blog ini dan ianya sukar untuk digambarkan kerana belum pun habis teroka blog ini.  Pertama kali nampak ringkas dn tidak sarat dengan widget.  Hanya itu dulu gambaran pertama yang dapat diberikan.


Terima kasih kepada semua atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komen anda untuk entri ini.  Jom berikan sokongan kepada Mystery Giveaway by Flavnesz.


18 Jun 2018

Fikir yang baik-baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir yang baik-baik


Salam Syawal 1439.  Sungguh benar, tidak banyak yang dapat diupdate mengenai peristiwa Syawal kami sekeluarga.  Bukan kerana kesilapan tetapi biarkan itu semua tersimpan dalam lipatan sejarah hidup keluarga kami.  Bukan kerana kesedihan tetapi keletihan kerana proses pindah ke rumah baru yang hingga ke hari ini masih belum selesai.  Masih banyak yang perlu dilakukan.

Biar apa pun yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini semua itu ada hikmahNya dan suratan yang tersendiri.  Kerana sebahagiannya dari proses itu adalah atas pilihan kami sekeluarga dan yang penting itu semua adalah ketentuan dariNya.


Fikirkan yang baik-baik

Selalulah berfikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik, berdoa yang baik-baik, moga-moga yang datang pada kita juga yang terbaik.

❤️ Jadikanlah yang Lembut itu CAHAYA
❤️ Jadikanlah yang Tipis itu BENCI
❤️ Jadikanlah yang Tebal itu IMAN
❤️ Jadikanlah yang Tajam itu AKAL
❤️ Jadikanlah yang Baik itu SIFAT
❤️ Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN 

Fikirkan kekuatan semangat yang kita ada maka semangat itu akan sentiasa ada.  Biarpun ketika letih atau berduka tetapi kekuatan semangat itu mengatasi segalanya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Fikir yang baik-baik.

13 Jun 2018

Segment : Awesome Blogger by Shahirah Lee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee


Wow... inilah segmen pertama dari blog SZI setelah menyepi hampir 5 bulan.  Terasa sungguh awesome bila blogwalking terjumpa segmen ini seumpama yang orang mengantuk disorong bantal. Hahaha... memang mengantuk pun 😊😊

Agaknya apa lah istimewa sangat dengan segmen ni ekk..  Jom klik banner di bawah untuk detail segmen


Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

💬

💭

💨

💢

Okey. belum klik banner ehh. 😄😄😄

Segmen ini dijangka tamat pada 17 Jun 2018.  So... cepat-cepat klik banner di atas dan ikutlah aturannya yang sangat mudah.



Terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dan komen entri ini, Segment : Awesome Blogger  by Shahirah Lee

szi💖

Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muncul semula setelah hampir 5 bulan menyepi


Setelah hampir 5 bulan menyepi dari dunia blogging.  Hingga hampir terlupa apa yang harus dilakukan dan dari mana hendak dimulakan semula.  Lantas blogger ini cekal untuk kembali semula dengan nafas design dan warna baru.  Walaupun masih kekal dengan imej blog percuma tetapi blogger ini puas kerana blog yang disayanginya itu masih lagi ada peminatnya yang tersendiri.
Terima kasih kepada semua yang masih tidak jemu-jemu singgah dan membekal trafik ke blog ini.  



Semoga dengan kemunculan semula blog ini dapat menjadikan inspirasi berterusan kepada pemiliknya untuk terus berkarya dan seterusnya bersama-sama melakar kanvas blog di persada maya.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan komen entri ini MUNCUL SEMULA SETELAH HAMPIR 5 BULAN MENYEPI


szi💖