Pageviews

11 Januari 2018

Hidup ini datangnya seketika cuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini datangnya seketika cuma


Hidup ini datangnya seketika cuma
Untuk yang seketika itu buatlah baik banyak-banyak
Tak perlu hiraukan orang yang tidak dengar cakap kita
Biarkan kita dengar cakap dia andai itu yang membuatkan dia bahagia dan dengar semula cakap kita.

Hidup ini datangnya tidak lama
Biarpun telah puluhan tahun kau lalui
Belum tentu esok lusa kau ada lagi
Doakan saja semoga dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan mendapat rahmat
Biarkan umur yang panjang itu membawa manfaat buat makhluk sekitar
Usah jadikan umur yang panjang itu membawa derita kepada insan lain




Hidup ini begitu singkat
Semalam itu kita ada
Hari ini belum tentu kita ada sepenuhnya
Esok kita akan menjadi kenangan... andai kita tiada lagi
Innalillah....

Kematian tidak pernah meminta izin
Juga tidak pernah mengenal batas waktu
Kerana itu... dikesempatan yang ada ini
Usahakan yang terbaik buat semua
Biar kenangan itu yang baik-baik
Kita tidak minta disanjung dan dipuja
Tetapi cukuplah kenangan yang ada mengenai kita itu kenangan yang baik dan manis... tidak menyakitkan hati insan yang mengenangnya

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku
Kerana ianya telahpun berlaku
Tidak perlu diulang lagi
Hentikan hasad dan iri itu
Jika boleh dikutip semula sisa hasad itu... kutiplah di mana kau tebarkan layarnya.

Hidup ini...tinggal sisa & saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.
Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia & membahagiakan.
Orang yang ceria & menceriakan

Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kebaikan tanpa rasa hasad dan rasa iri.
Kerana hasad dan iri itu menyakitkan... bukan diri sendiri tetapi siapa saja yang terlibat
Kita tidak pernah terfikir hasad itu mampu membakar jiwa yang lain-lain lagi.....


Nukilan salzarida
Tanggal 11 Januari 2018, Khamis 23 Rabiulakhir 1439
Disaat menjelangnya pertemuan bermata-mata......debaran ini amat menyakitkan.
Semoga mendapat ketenangan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan menjelangnya perhitungan itu....

Hidup ini datangnya seketika cuma

2 ulasan:

  1. Seketika dan pinjaman cuma...isi dan maknakan sebaik-baiknya supaya tidak terisi dengal hal sia-sia.

    BalasPadam
  2. Mudah2an hidup kita sentiasa mendapat barakah daripada-Nya

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.