Pageviews

23 November 2017

Pagi Khamis Nan Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pagi Khamis Nan Indah



Selamat pagi kepada semua yang singgah di blog ini.  Hari ini pagi Khamis yang indah.  Segalanya berjalan lancar.  Alhamdulillah.

Dan, diberitakan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan keluar pada hari ini. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada adik-adik atau lebih tepat anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang lainnya, keputusan hari ini bukanlah penamat kepada segala usaha anda.... kerana kejayaan itu bukan untuk hari ini sahaja, masih banyak masa dan peluang untuk mencipta dan mencapai kejayaan, yang penting usaha dan usaha tanpa kenal jemu.



Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Syukur itu menjadikan kita bahagia...

@quotephotovideo 🐝🐝🐝


Terima kasih atas perhatian anda untuk entri ini, Pagi Khamis Nan Indah.
szi😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.