FOLLOWER

7 Oktober 2017

Hidup ini ibarat roda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini ibarat roda

Bukanlah yang dimaksudkan tetapi hidup kita bukanlah sentiasa di tahap yang sama. Seperti roda yang berpusing ada ketika di atas dan di dasar. Bila bunganya sudah haus perlu ditukar agar perjalanan tidak terganggu.





Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah.

Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar. Berputar dan terus berputar.

Begitulah hidup kita sebagai manusia. Ada pasang surutnya. Ada ketika hidup kita senang, lapang, namun ada ketika hidup kita sukar, sulit.

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menguji kita.

Itulah kehidupan. Dicorakkan dengan pelbagai onak duri juga hilai tawa.

Kita sebagai hambaNya mestilah berlapang dada dengan segala musibah yang menimpa diri dan sentiasa mengingatiNya bukan hanya ketika dilanda badai bahkan ketika kita dilimpahi Nikmat olehNya.

Bicara ini juga diungkapkan buat diri yang seakan alpa dengan Nikmat yang dikurniakanNya.

Astaghfirullahal'azimmm.

Buat Diri Ini Yang Lalai
Alhamdulillah
Muhasabah Diri

@quotephotovideo 💜💜💜

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Saya juga selalu beringat dalam segala perbuatan bahawa 'Hidup Ibarat Roda'..
    Kadang-kala bila kecewa dengan perbuatan orang lain yang melampau, saya hanya mampu berkata 'hidup umpama roda'.. Jadi sentiasalah kita beringat..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.