Pageviews

07 Oktober 2017

Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas


Tiada siapa pun yang tahu adakah bantuan yang diterimanya itu diberi secara ikhlas atau tidak. Hanya yang memberinya sahaja yang tahu.

Tetapi sejauh mana pula pemberi bantuan tu tahu bahawa bantuan yang diberikan itu ikhlas atau tidak.  Hanya hatinya saja yang tahu.  Bila mana bantuan itu diberikan tanpa paksaan walaupun ianya kerana tugas yang diamanahkan. 



Hidup kita beginilah ada ketikanya kita rasa dah ikhlas memberi kerana tugas.  Ada ketikanya kita sanggup memberi lebih dari yang diminta kerana hendak menggirangkan pelanggan. 

Namun, kita akan cepat terluka atas tersentuh hati bila bantuan yang kita berikan secara ' ikhlas' tadi tidak dihargai.  Bukan kerana tiada penghargaan tetapi bila kita rasa dah bagi lebih tetapi masih tidak cukup memuaskan hati pelanggan.

Muhasabah diri:  
Kita sebenarnya tidak cukup ikhlas bila kita mudah terasa hati atau naik angin bila pemberian itu tidak dihargai pelanggan.  Jadi, koreksi hati dan jiwa... adakah kita sudah cukup ikhlas dalam melaksanakan amanah tugas.


Terima kasih kerana membaca entri ini,  Apabila bantuan menjadi tidak ikhlas
szi 💔

2 ulasan:

  1. Kalau nak buat ikhlas..bagi dan lupakan terus jangan kasi ingat lagi..

    Simple tetapi berat juga nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak mudah sangat... sebab Melayu kan mudah lupa :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.