Pageviews

01 September 2016

September 2016

September 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


September 2016, bulan ke sembilan dalam kalendar masehi.  Apa khabar semua?  Semoga September ini membawakan perkhabaran gembira buat semua.  Apapun yang berlaku pada bulan lepas, tetaplah sudahpun berlaku.  Semoga kekurangan pada bulan terdahulu dapat dibaiki dan diperelokkan, jangan sampai merebak ke bulan September.

September 2016

September 2016


Pada bulan September nampaknya ada cuti yang panjang iaitu Cuti Sekolah bermula dari 17 hingga 25 hb.  Sebelum tu, ada cuti Hari Raya Haji pada 12hb.  Ada negeri dapat cuti Raya Haji 2 hari, ada negeri hanya 1 hari.  Dengar khabar negeri Kelantan dapat cuti peristiwa pada 11hb, bertambah lagi hari cuti mereka.  Bagi kita yang hanya dapat cuti satu hari, nampaknya macam kena tambah dengan cuti tahun.  Tetapi, sayang juga cuti tu sebab hari Jumaat berikutnya 16hb cuti umum lagi ... bersempena Hari Malaysia.

Paling menyeronokkan adalah anak-anak, kerana sekolah cuti panjang dan mungkin juga berlarutan dari cuti Raya Haji.  Apa pun kita tunggu dan lihatlah bagaimana kesudahan cuti anak-anak nie.

Selamat datang September.


Terima kasih baca entri ini, September 2016.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.