FOLLOWER

14 Ogos 2016

Bingkisan buat Bos yang bernama usahawan

Bingkisan buat Bos yang bernama usahawan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bingkisan buat Bos yang bernama usahawan, ini disalin semula dari grup Telegram. Dikongsikan untuk ingatan diri sendiri dan juga kepada semua usahawan yang bernama BOS 😃

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.





#RagamOrangBisnes

Ramai orang sebenarnya tak tahu.

Orang berniaga ni sangat susah.
Siang dan malam nya fikir pasal masalah bisnes
Tidur dan bangunnya, mimpi pasal masalah bisnes.

Ramai orang nampak, orang bisnes ni senang
Senangnya jadi bos masuk office sekejap.
Keluar minum sini sana.
Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu.

Kalau salah sendiri, sendiri tanggung
Jadi bos, salah staf pun kita kena tanggung.
Itu namanya tanggung-jawab

Jadi bos kena faham hati pekerja
Jadi bos kena jaga hati pelanggan
Tapi siapa yang nak jaga hati bos?

Dah ada bisnes, bos kena cari staf
Dah ada staf, Bos kena jaga staf
Bila tak ada job, bos pening kepala staf mintak itu ini
Bila banyak job sekali sekali, staf minta gaji lebih.

Bos fikir, mana nak bayar supplier
Bos fikir, mana nak bayar sewa
Bos fikir, mana nak bayar staf

Kerja bos, cari kerja
Kerja staf, kerja kan apa yang kerja yang bos cari
Kerja bos nampak macam senang

Staff jaga perut nasi dia dan keluarga sahaja
Boss perlu jaga perut nasi seluruh keluarga staf-staf dia

Kesian bos-bos ni. banyak makan hati dari makan nasi.
Kesian bos ni, kalau sale tak ada, staf kata produk kita tak laku
Staf kata produk kita orang tak nak beli
Kesian bos ni, salah staf kekadang pelanggan marah bos juga yang kena.
Kesian bos ni, hutang keliling pinggang semata-mata nak carikan rezeki orang.
Siapa lah nak kesian kat bos ni?

Masa hari kerja bos kena kerja.
Masa pekerja boleh cuti, bos pun kena kerja
Bila boss nak cuti sekali sekala, staf tak puas hati.

Orang kata, tak pa "itu kan dia punya".
kesian bos ni.
Bos kena jadi superman, bos tak boleh salah.
Orang lain salah tak pa, bos kena maafkan.

Kawan-kawan yang bisnes. saya faham perasaan anda. Anda berhati pejuang. Biarlah orang mengata anda bila anda . Mereka akan merangkak dapatkan anda bila nanti anda berjaya.

Layankanlah hati sendiri. Ubatlah hati dengan solat, pujukkan hati sendiri. Anda sebenarnya manusia luar biasa.

Teruskan usaha anda berbisnes, bantu orang, ikhlas. Kesat air mata mu dan teruskan perjuangan. Biar seribu orang tak faham dengan anda. Asalkan anda percaya pada diri anda sendiri dan anda BOLEH.

Anda ada saya. Saya percayakan anda. Biar 1000 orang kata anda tak boleh, saya YAKIN anda manusia luar biasa.

Selamat Berjuang
Perjuangan kita tidak akan tamat selagi kita tak menang.




Terima kasih lah kepada korang yang sudi baca entri ini sampai habis.  Tak baca habis pun tak mengapa asalkan korang tinggalkan komen yang bernas mengenai entri ini.  dan jangan lupa Segmen yang sedang berlangsung di blog ini.

Sekian dulu Bingkisan buat Bos yang bernama usahawan


2 ulasan:

  1. kesiannya bos ..tp sy bercita2 nk jd bos..hehehe..setiap kerjaya ad dugaannya yg tersendiri..bertabahlah bos2!

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.