Pageviews

27 Julai 2016

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah di beli dari jualan amal Persatuan Pelajar di FSSR. Banyak lagi shawl yang dijual, ada pelbagai pilihan warna dan corak serta saiz.  Sudah lama sebenarnya mencari shawl untuk Irdina Huda.  Tudung yang ada sekarang adalah tudung sarung jenis Ariani.  Sebelum raya lepas memang mencari shawl yang sesuai, tetapi tiada yang berkenan di hati. Tambahan pula dengan kesuntukan masa, tak sempat survey.  Cari kat kedai atas talian pun tak jumpa juga yang berkenan.

Kebetulan hari ini ada jualan oleh pelajar-pelajar FSSR, maka sempatlah singgah sekejap.  Itupun nak cepat juga, singgah dalam perjalanan ke satu perjumpaan lain.  Belek belek sekejap, mata terus terpaut dengan corak dan warna yang comel ini.

Dua shawl comel

RM 1.00 sehelai.  Percaya atau tidak?

Macam tak percaya kan?  Tetapi itulah, akak pun dua tiga kali tanya adik-adik pelajar tu.  Tak yakin dengan jawapan dia, bayar dengan duit besar sikit.  Dan, bila dapat baki... maka betullah itu harganya.  Entah di mana mereka dapat modal dan keuntungan dari perniagaan mereka ini.

Apa yang pastiny dua helai shawl ini akan dihadiahkan kepada Irdina Huda.  Konon-kononnya Angah sebab dia anak ke dua.  Tetapi tak pernah panggil pun dengan gelaran tu.

Shaw ini juga sebagai hadiah kerana cemerlang dalam peperiksaannya yang lepas.  Tahniah Angah!.


Terima kasih sudi baca entri ini Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.