FOLLOWER

18 April 2016

7 Tips kekal sihat di Musim Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



7 Tips kekal sihat di Musim Panas


Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Kanak-kanak dan warga emas antara mereka yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini.  Namun kita sebagai warga yang kelihatan normal juga turut terdedah kepada risiko kesihatan.

YB dan keluarga sendiri pernah lalui risiko ini.  Biarpun tidak serius tetapi ia tetap mendatangkan ketidakselesaan kerana kita orang yang berkerjaya.  Bila keadaan anak tidak stabil akan menjejaskan reputasi kerja kita.  Selain dari itu kesihatan kita juga pasti terjejas kerana perlu korbankan masa untuk menjaga anak-anak yang sakit dan kerja.  Akhirnya YB turut menerima kesan yang sama seperti anak-anak malahan lebih sikit dari mereka.


Tips kekal sihat


Berikut disertakan Tips kekal sihat di musim panas :

  1. Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.  
  2. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
  3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  4. Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  5. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  6. Lebihkan masa berada di dalam ruamh dan hadkan aktiviti luar.
  7. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula.

Beberapa tips di atas boleh diamalkan pada sepanjang masa dan tidak semestinya pada musim panas sahaja.  Antaranya mengikut kesesuaian tempat dan masa, contohnya ketika musim hujan jangan pula guna topi ketika berada di luar, seeloknya gunalah payung.  

Kesihatan kita bermula dari kita.  

Semoga 7 Tips kekal sihat di Musim Panas ini dapat dijadikan panduan kepada semua.  Kesihatan kita milik kita.

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.