FOLLOWER

16 April 2016

3 keadaan diri dalam perhatian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



3 keadaan diri dalam perhatian


Siapa yang tahu keadaan diri kita?  3 keadaan diri kita termasuk amalan, perbualan dan pergerakan. Tiada siapa yang tahu dengan jelas melainkan kita sendiri yang menjelaskan kepada orang.

Orang luar hanya melihat mengikut pandangan mata kasar mereka.  Apa yang mereka nampak itulah keadaan diri kita.  Ada yang sekali tengok dah boleh tafsirkan macam-macam tentang diri kita. Seolahnya apa yang ada dalam diri kita itu terpapar pada zahir.

Orang boleh kata "apa yang dilihat itulah gambaran diri kita".   Mungkin ada benarnya, keadaan kita yang kusut masai dan berserabut boleh digambarkan sebagai keadaan kita yang tidak terurus.  Namun itu serkap jarang.  Kadang-kadang orang yang nampak segak dan kemas juga ada masalah dengan dirinya sendiri tetapi tidak dipaparkan.




Kita tahu keadaan diri sendiri

Kita tahu keadaan diri kita sendiri berdasarkan apa yang kita rasa, kita fikir dan kita buat.

Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan. (1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu, (2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan (3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu. (Hatim al-Asham)

Semua pergerakan kita seperti amalan, perbualan dan pergerakan kita hanya Allah yang tahu.  Kita hanya bertindak berdasarkan apa yang telah ditentukan.  Tetapi dalam masa yang sama kita dikurniakan akal untuk berfikir apakah amalan, perbualan dan pergerakan kita itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita.


Fikir-fikirkan 3 keadaan diri dalam perhatian itu mampu membantu kita untuk menjadi insan yang terbaik atau sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.