Pageviews

04 Mac 2016

Myliferia March Giveaway Bonanza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Myliferia March Giveaway Bonanza


Untungnya kehidupan seorang blogger.  Apabila tiada idea hendak menulis tiba-tiba datang kawan-kawan jemput sertai peraduan.   Apabila dijemput maka undangan itu seharusnya dipenuhi.  Apabila memenuhi undangan maka datanglah idea hendak menulis dan perahan keringat idea juga bermula. Namun ada sebab-sebab tertentu sesetengah jemputan itu gagal dipenuhi.  Mungkin juga kerana syarat dalam peraduan itu yang tidak berapa sesuai atau kerana masa yang tidak sesuai.  Aduh, bukan hendak menyalahkan masa tetapi adalah sebabnya yang sukar difahami.

Oh ya!  Ini adalah artikel mengenai penyertaan blog YangBaik (YB) bagi Myliferia March Giveaway Bonanza.  Artikel ini ditulis setelah mendapat jemputan.  Terdapat banyak blog yang mana YB tidak pernah jumpa.  Mungkin juga kerana blog baru.  Tetapi blog Myliferia bukanlah blog baru, ia telahpun bermula dari tahun 2013.  Jika tidak kerana jemputan, agak lama lagi barulah YB ketemu dengan blog ini ... agaknya lah :D.

Diringkaskan artikel ini, sebenarnya bulan Mac ni adalah bulan kelahiran pemilik blog Myliferia.  Jadi sempena bulan yang sangat bermakna dalam hidupnya, penulis blog berkenaan ingin kongsikan kegembiraan bersama-sama pengunjung blog myliferia.com dengan menganjurkan Myliferia March Giveaway Bonanza 


Hadiah Top Commentator
Myliferia March Giveaway Bonanza

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik banner di atas.

Peraduan ini dijangka tamat pada 31 Mac 2016, atau mungkin juga akan ada perubahan.

Berikut adalah hadiah yang ditawarkan bagi Myliferia March Giveaway Bonanza
  1. 3 Hadiah Pengomen Terbanyak (Top 3)
  2. 3 Hadiah Bagi Blog Sumber
  3. Hadiah Misteri
YB berharap dapatlah salah satu daripada hadiah yang ditawarkan, itupun jika ada rezeki dalam peraduan ini.  Hendak mengetahui lebih lanjut mengenai hadiah di atas, terus saja klik pada banner.

Marilah kira berikan sokongan kepada rakan blogger.  Semoga peraduan ini mendapat sambutan daripada semua.


Terima kasih kerana membaca dan atas sokongan untuk Myliferia March Giveaway Bonanza

7 ulasan:

  1. all te best YB!

    BalasPadam
  2. Good luck

    Jemput join GA saya ye http://www.azlindaalin.com/2016/03/mini-giveaway-hari-jadi-dhia-batrisya.html

    BalasPadam
  3. assalam.

    lama dah tak join2 giveaway macam ni...mmg menarik2 benda camni..selain dapat habuan..dapat kukuhkan silaturrahim...terbaiklah!

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.