Pageviews

24 Februari 2016

Bukan larangan agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan larangan agama


Jarang sekali dapat membaca petikan apatah lagi hasil karya agung Pak HAMKA atau Buya HAMKA.

Berikut adalah antara petikan hebat Pak HAMKA



Agama bukan melarang kita membahas dan menyelidiki soal-soal agama, Ushul dan Furu', Ijtihadiyah dan Khilafiyah.  Agama bukan melarang itu, bahkan menganjurkannya. Sebab kita disuruh berfikir, berfaham dan mempergunakan akal.  Tetapi yang dilarang ialah memaksakan pendapat sendiri kepada orang lain, atau dengan paksa mempertahankan pendirian sendiri dan memandang musuh atau lawan terhadap orang lain yang tidak sefaham.  Dan lebih celaka lagi kalau perselisihan faham dalam soal-soal yang demikian sudah dijadikan latar belakang politik, untuk mempertahankan kedudukan golongan.  Apatah lagi kalau sudah kafir mengkafirkan.  (Buya HAMKA).

Agak berat juga, tetapi itulah yang sedang kita alami dalam sedar atau tidak.  Semoga kita bertemu jalan yang mudah dalam kesukaran dan kegelapan.

Sekian.

Terima kasih baca entri Bukan larangan agama

5 ulasan:

  1. terima kasih di atas pengkongsian ni

    BalasPadam
  2. kadang tu perkara macam ni susah...bila diri rasa diri benar, tapi tak mahu cuba selidiki dulu :(

    BalasPadam
  3. Betul tu. Apa apa pun kita kena kaji before rasa sesuatu benda tu betul 100%

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.