Pageviews

15 Januari 2016

Sambal Tumis Telur Yang Mengancam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam


Tajuk memang mengancam.  Kenapa mengancam?  Sebab sekarang nie anak-anak dah suka sangat dengan sambal tumis telur.  Bila mereka dah suka, maka akan menjadi ancaman kepada emaknya yang kadang-kadang mood memasaknya kedaung.

Sambal tumis telur ni sebenarnya memang menjadi kesukaan YangBaik juga.  Selain dari sedap penyediaannya juga mudah.

Dengan itu, izinkan YangBaik kongsikan sedikit resepi sambal tumis telur versi YangBaik.

Sambal Tumis Telur

Bahan utama yang diperlukan adalah telur ayam direbus sehingga masak.  Berapa banyak bilangannya terpulang kepada bilangan orang yang akan makan.  YangBaik hanya rebus mengikut bilangan ahli keluarga semasa sahaja (5 orang)

Bahan lain:
1.  20 tangkai cili kering
2.  5 ulas bawang merah
3.  sedikit belacan atau boleh digantikan dengan udang kering
4.  sedikit garam
5.  sedikit gula
*  semua bahan 1-5 dikisar bersama sehingga halus.  Jika hendak lebih mudah beli saja cili boh, bahan-bahan yang lain terpulang kepada kehendak dan keperluan.
6.  asam keping atau air asam jawa
7.  Air

Kaedah:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
3.  Masukkan asam keping atau air asam jawa.  Jika tiada boleh digantikan dengan sos tomato atau sos cili (banyak pula pilihannya :P)
4.  Setelah mendidih, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit.  Kacau seketika sehingga rata dan boleh angkat serta hidangkan.

Sambal tumis kini menjadi pilihan anak-anak kerana hanya ini yang mudah dibuat.  Selain dari itu mereka juga mungkin sudah jemu dengan lauk ayam goreng.

Selamat mencuba kepada semua.


4 ulasan:

  1. Telur macam nie masak kari pun sedap gak.. ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah. kan... sedap juga, boleh tukar2 resepi pulak lepas nie. :D

      Padam
  2. Sally lagi suka kalau buat telur hancur..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh eh... samalah kita. Sesekali tukar selera. hahaha

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.