Pageviews

22 Januari 2016

Kuasa kita terhad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa kita terhad


Agak sukar sebenarnya untuk kita mengatakan orang lain telah membuat aniaya kepada kita.  Bila difikirkan semula apakah jenis penganiayaan yang telah kita terima.  Kerana bila difikirkan semula penganiayaan yang diterima oleh sahabat Nabi S.A.W iaitu Bilal bin Rabah, pastinya tidak sama dengan apa yang dikatakan kita dianiaya.

Bila kita syak orang telah buat aniaya kepada kita terus saja kita membalasnya mengikut kefahaman dan kudrat yang kita ada.  Kadang apa yang kita balas itu nampak seperti tidak masuk akal dan tidak setimpal.  Tetapi apa kita peduli asalkan kita rasa puas hati dan dendam kita terbalas.

Gambar hiasan.  Sumber Facebook

Pada pandangan saya yang kurang arif ini, walaupun kadang-kadang geram juga dengan apa yang berlaku kepada kita.  Selalu juga memikirkan ada orang hendak menganiaya kita.  Adalah tidak bijak sebenarnya untuk kita membalas semula apa yang dikatakan penganiayaan terhadap kita.  Kerana kita sebenarnya tidaklah mampu berlaku adil walaupun kepada diri sendiri inikan pula hendak menilai penganiayaan orang ke atas diri kita.

Cara yang terbaik adalah memaafkan penganiaya jika kita rasakan dianiaya.  Pastinya ada sebab tertentu yang menyebabkan penganiayaan itu berlaku.

Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.  (Umar Al Khatab)

Serahkan saja penganiayaan itu kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga mendapat menfaat dan peringatan buat diri sendiri agar tidak terus menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kuasa kita terhad.

2 ulasan:

  1. Apapun yang terjadi, serahkan kepada Allah untuk mengadili...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.