Pageviews

28 Januari 2016

Habiskan bila perlu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Habiskan bila perlu


Ubat-ubatan tidak kiralah ubat tradisional atau moden, ada peraturan makannya yang tersendiri. Lazimnya bagi ubat moden bila dah mula makan perlu dihabiskan iaitu antibiotik. Bila tidak dihabiskan mungkin ada kesan sampingan, tidak pasti pula apa kesannya. Kerana setiap kali dapat antibiotik bila dah dipesan makan sampai habis, memang dihabiskan walaupun tak suka.

Makan bila perlu pula lebih kepada ubat tahan sakit atau "pain killer". Sejenis ubat yang sewajarnya dielakkan, diambil dengan nasihat doktor apabila sakit yang ditanggung sudah tidak tertahan lagi.

Ubat-ubatan

Inilah antara ubat yang terpaksa dihabiskan, antibiotik. Ubat ini diberikan oleh doktor kerana gusi yang semakin membengkak. Hasrat hati nak cabut gigi kerana sakit yang sudah tidak tertahan. Sakit gigi yang menyerang hampir seminggu. Habis sudah ikhtiar secara tradisional, ke klinik juga akhirnya.

Minggu depan selepas habis antibiotik baru dapat cabut gigi. Sementara itu, bila sakit melanda telan saja "pembunuh kesakitan".


Selfie jom!!
Dua hari sebelum itu, biarpun sedang menahan sakit sempat juga selfie. Pipi sudah pun bengkak.


Pilih jangan tak pilih
Melihat gelagat mereka pilih kenderaan, macamlah kereta itu disewakan secara percuma.


Apa tengok-tengok
Yang satu dah lepas, tinggal lagi 3 buat pilihan. Pilih pilih jangan tak pilih. Biar kempis sikit dompet duit ayah kome.


Akhirnya, masa dah cukup tapi masih lagi tak puas. Sabar yer anak-anak, lain kali kita datang lagi. Mood ayah dah tersentap bila modalnya dah hampir habis untuk benda yang kurang diperlukan.

Ada benda yang perlu dihabiskan ikut masa, bukan semua benda perlu dihabiskan ikut suka hati.

Sekian.  Terima kasih kerana singgah dan baca Habiskan bila perlu
posted from Bloggeroid

6 ulasan:

  1. yap. antibiotik untuk bunuh bakteria. kalau xdihabiskan. bakteria tidak dibunuh sepenuhnya dan akan menyebabkan bakteria membentuk ketahanan pd antibiotik tu. kalu sakit kali ke2 . Lebih banyak dos diperlukan. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yey, betul...itulah yang YB nak tulis tapi tak tahu macam mana hehehe
      terima kasih sha.

      Padam
  2. Balasan
    1. ha ah... antibiotik memang kena habiskan, bukan yang berkepuk dalam dompet tu... huhuhu

      Padam
  3. kalau giginya di cabut, apa bisa tumbuh lagi cik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bisa aja ditumbuhkan semula ... tetapi bukan lagi asli :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.