Pageviews

31 Disember 2015

Entri hujung tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Entri hujung tahun

Seperti lain-lain blogger, entri sebegini sering dinantikan. Bagi YB, jarang sangat dapat buat entri ikut tema apatah lagi dijadikan viral. Namun penulisan itu sendiri merupakan satu kepuasan. Entri tanpa SEO atau tanpa viral, kerana hendak menempatkan SEO dalam entri sehingga menjadi viral bukanlah sesuatu yang mudah.

Sudah beberapa tahun blog ini bertapak di alam maya ini tetapi masih lagi tidak mendapat tempat dalam rangking blog terbaik. Manakan tidak mood menulis tidak menentu. Sekejap panas, sekejap lagi sejuk membeku. Ada masanya ketika sedang bersemangat menulis serangan lain pula datang bertubi-tubi sehinggakan hilang semua semangat.



Adalah menjadi hasrat semua blogger, idea menulis itu tidak lenyap atau lupus.

Mungkin juga sebilangan dari kita yang dahulunya pernah aktif dalam dunia blogging, berada di kemuncak kegemilangan, dikenali ramai dan mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri. Atas sebab-sebab tersendiri hanya blogger itu sendiri yang tahu, blog yang popular itu kini senyap dan sunyi.

Ke mana hilangnya mereka? Pastinya ada di antara blogger yang pernah kita kenal dulu kini menyepi, antaranya Madam Mondoq.

Apapun yang berlaku di alam ini, semoga blogger yang kekal ini terus menghasilkan karya dan penulisan yang bermanfaat buat manusia sejagat.

Selamat tinggal 2015, semoga kenangan lalu dapat dijadikan sempadan untuk kelangsungan perjalanan yang mendatang.

Sekian o (∩ ω ∩) o.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.