FOLLOWER

10 Oktober 2015

Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa Setiap Blogger Patut Update Perkara Baik


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, blog ialah laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.

Setiap dari kita pastinya ada sebab tersendiri yang menyebabkan kita berkecimpung dalam dunia blogging.  Mungkin juga ketika blog dibina ia lebih bersifat peribadi dan tidak mempunyai sebab atau niche khusus.  Namun seiring dengan perubahan dan perkembangan dunia blogging, selaku blogger kita adalah sewajarnya menulis untuk kebaikan semua orang terutama pembaca.  

Saya Blogger
Saya Blogger


Mengapa setiap blogger patut update perkara baik?  


Dalam era teknologi maklumat masa kini sebaran maklumat sekelip mata saja sudah mampu meneroka ke seluruh pelusuk dunia.  Terdapat lambakan 'maklumat' yang seringkali memualkan tetapi menjadi viral kerana sifat sebahagian dari manusia yang gemarkan publisiti murahan.  Sehinggakan perkara yang baik itu seolah sudah relevan dengan dunia semasa.  Sedangkan kebaikan itu adalah untuk semua orang dan patut diamalkan setiap masa.

Lihat saja tajuk-tajuk blog yang sering mendapat perhatian ramai, agak menyakitkan mata dan hati. Namun untuk bersangka baik kita boleh saja anggap itu semua untuk pengetahuan.  Tetapi sampai bila minda kita harus disogokkan dengan isu-isu murahan yang langsung tidak memberi faedah kepada perkembangan minda positif.  

Berhati-hati
Berhati-hati


Sebagai blogger, kita harus mempunyai rasa dan hati untuk bertanggungjawab kepada pembaca blog kita dan juga masyarakat umum.  Bukan sahaja maklumat yang kita tulis itu sebagai rentetan kisah peribadi kita, sebaiknya jadikan apa yang dipaparkan di dada blog itu sebagai maklumat tambahan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.  Antara perkara yang boleh kita selitkan adalah kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dan tidak memaparkan keburukan itu secara total.

Buruk dan baik tulisan kita pada masa kini turut menyumbang kepada imej dan maruah anak cucu kita masa hadapan.

Selamat berblogging.



3 ulasan:

  1. InshaaAllah , apa yg kita tulis mmg jd sahan kelak so hati2

    BalasPadam
  2. jawapan sy, sbb sy x sanggup nak carry dosa krn menulis benda yg x baik di akhirat nnt...

    BalasPadam
  3. dulu CT main hentam saja tulis apa pun..
    skarang bertapis.. cuba utk lebih santai tapi pilihan words mmg pilih..

    takot orang dtg kat blog sebab search pelik2.. jadi asbab pula tambah dosa..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.