Pageviews

08 September 2015

Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen


Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dalam usaha untuk membantu mempromosikan Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA.


Waktu Tayangan :        08 September 2015 (Selasa)

Masa :        8.00 malam - 10.00 malam  (Sesi 1)
                  10.00 malam - 12.00 tengah malam  (Sesi 2)

Tempat Tayangan:        Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak

                         
Filem Chowrasta


Genre:  Aksi

Pelakon utama:  Dato' Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim, Safiah Hanifah, Chem Amar, Aminah Rhapor, Azhari Zain, Mazlan Tahir dan ramai lagi.

Sinopsis filem:

Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan  yang terhad, tahap pendidikan anak melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta. Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.

Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya dan bangsa serta cintakan negara.


Selamat menonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.