FOLLOWER

21 September 2015

Berhati-hati dengan ucapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhati-hati dengan ucapan


Kita sering kali terluka hati dan perasaan dengan percakapan orang.  Kadang-kadang kita terlupa bahawa percakapan kita juga pernah menyakiti hati dan perasaan orang.  Mungkin kita tidak perasan mengenai percakapan kita kerana kita merasakan bahawa ianya adalah betul.  Betul pada kita tidak semestinya betul pada orang lain.  Kerana kita bercakap mengikut apa yang kita nampak dan atas penilaian mata kasar kita.  Bagaimana pula dengan hal yang sebenarnya?  Kita tidak tahu.  Berhati-hati dengan ucapan.

Dikhuatiri apa yang kita cakap akan menjadi dusta bila kita tahu akan hal yang sebenarnya.  Adalah lebih baik kita berhati-hati dengan ucapan.


Berhati-hati
Berhati-hati bila bercakap


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.  (HR Muslim)

Berhati-hatilah walau dalam apa jua keadaan.  Berhati-hati dengan ucapan.

2 ulasan:

  1. betul. kadang kala kita tak sedar perkataan yang keluar dari mulut kita mengusik hati seseorang...

    BalasPadam
  2. Berfikir sebelum berkata-kata atau lebih baik diam...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.