Pageviews

21 Julai 2015

Antara keluarga dan sahabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara keluarga dan sahabat


Keluarga... pastinya yang terdekat dengan kita kerana adanya pertalian darah yang erat.

Namun, bila terbaca petikan hikmah daripada al-Hasan al-Bashri ini rasanya kita sewajarnya bukan sahaja ahli keluarga tetapi sepatutnya menjadi sahabat juga kepada ahli keluarga kita yang lain. Kerana kita tidak mahu hanya mementingkan harta dunia semata-mata tetapi kita juga pentingkan harta akhirat... nun di sana cita-cita kita yang hakiki.

al-Hasan al-Bashri

Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi kedudukannya) daripada keluarga kami. Keluarga kami mengingatkan kami kepada dunia sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada akhirat.  (al-Hasan al-Bashri)

Kitalah keluarga, kitalah sahabat.


1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.