FOLLOWER

5 Mei 2015

Pemenang Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015


Alhamdulillah.  Rezeki blogging pada bulan April yang dibawa ke bulan Mei.  April dan Mei merupakan dua bulan yang sungguh bermakna buat YangBaik.  Kerana pada bulan April terdapat kelahiran yang tidak didendang manakala bulan Mei merupakan bulan kelahiran YangBaik.  

Kali ini YangBaik telah tersenarai sebagai salah seorang dari Pemenang Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 telah dianjurkan oleh DJH @ Angah bermula 16 April 2015 hingga 30 April 2015.   Mega giveawai ini menawarkan hadiah yang lumayan juga bernilai RM 425.00.


Antara Senarai Peserta



Seramai 76 rakan blogger telah menyertai GA ini dan YangBaik merupakan peserta ke-4.  Agak awal juga kerana ketika itu mood blogging tersangat rajin ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memeriahkan GA rakan blogger.

Menang Topup 


Alhamdulillah, nampaknya kali ini penyertaan YangBaik mendapat perhatian encik random.org, kira seperti mesra sekejap dengan encik random.org.  

Terima kasih kepada DJH atau Angah atas penganjuran GA ini dan terima kasih juga kepada Siti Aminah diatas sumbangan hadiah untuk GA ini.  Biasalah YangBaik tidak berapa kenal sangat dengan Siti Aminah., tetapi bila melihatkan blognya... memang best!!   Untunglah adalah GA macam ni selain berpeluang menang hadiah dapat juga berkenalan dengan rakan blogger yang lain.  Banyak untung nya!!

Akhir kata, tahniah juga kepada rakan blogger yang telah terpilih sebagai pemenang.  Kepada rakan blogger yang lain teruskan sokongan sesama blogger dan pastinya giliran sebagai pemenang itu akan tiba juga.

Sekian.  

6 ulasan:

  1. assalamualaikum.. nampaknya ada kekeliruan di sini.. untuk pemenang saguhati , hadiah dan sponsornya adalah di bahagian bawah gmbar no random .org. bukannya di bahagian atas. :) terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. opps! okey dah betulkan. terima kasih kasih Angah :D

      Padam
  2. Syoknya dapat to4 free...
    Alhamdulillah rezeki ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... rezeki jangan ditolak.. :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.