FOLLOWER

15 Mei 2015

MQ Mencari Rakan - BlogList Mei & Jun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MQ Mencari Rakan - BlogList Mei & Jun. Kalau tak silap MQ tu adalah initial untuk Manan Qayyim. Rupanya dalam diam rakan blogger ini dah buat blog baru.  Pernah kenal Manan Qayyim ni melalui blog lamanya dulu yang sekarang ni rasanya dah tidak aktif. 

Elok juga MQ datang menjemput.  Boleh YangBaik tambah senarai dalam Blog List.  Blog List lama YangBaik pun dah kehilangan semasa tukar template.  Senarai rakan blogger yang ada dalam Blog List sekarang ini ada juga dari kalangan rakan lama dan ramai juga kalangan rakan baru.

http://owh.mananqayyim.com/2015/05/mencari-rakan-bloglist-mei-jun.html

Untuk rekod dan makluman, blog YangBaik sekarang ni dalam proses mengenalpasti niche.  Ohh... pening kepala sebenarnya apa yang nak ditetapkan.  Sebabnya YangBaik lebih suka menulis apa saja yang terlintas dalam fikiran.   

Buat masa sekarang blog YangBaik sedang berusaha untuk menetapkan niche kepada gaya hidup (lifestyle) dan kekeluargaan (family).  Namun sesekali akan diselitkan juga entri berkaitan isu semasa, motivasi.  Memang tak boleh lari la... dengan entri yang merapu meraban nie... 

Kepada rakan blogger yang berminat untuk turut serta dalam pencarian blog list MQ sila klik banner di atas.

Buat masa ni tiada tarikh tutup tetapi MQ mencari 50 peserta terawal.  Apa lagi... cepat-cepat klik banner di atas.

Jangan segan-segan klik butang share di bawah ni ehh... Terima kasih!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.