Pageviews

27 Mac 2015

Bila blogger picisan menulis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila blogger picisan menulis


Blogger picisan.  Entah bila saya mula mengenali frasa kata itu.  Semestinya semenjak bergelar blogger, mulai tahun 2008 atau mungkin juga awal lagi.  Maklumlah ketika itu blogging pun sekadar menulis apa yang terbuku di hati... dan sehingga sekarang pun masih juga begitu.

Statistik pengunjung


Blogger picisan ini bukanlah tinggi mana darjatnya.  Sekadar di pinggiran saja.  Sekejap timbul sekejap lagi tenggelam... yang banyaknya tenggelam dari timbul.

Tidak banyak yang dapat diperolehi daripada blogger picisan.  Maklumlah blogger yang sering kekeringan idea.  Ada ideapun tak dapat menulis panjang kerana tidak cukup bahan.  Bukan itu sahaja, masa nak menulis pun tak reti nak uruskan.  Asyik sibuk dengan aktiviti... macam mana nak jadi blogger yang maju.

Sesekali blogger picisan ini perlu bangun dan mantapkan jati diri untuk menjadi blogger yang mantap.  Tidak terkenal pun tidak mengapa asalkan ada sesuatu yang dapat dikongsikan dengan pembaca.

Malaysia Best Blog 2015


Walaupun sekadar blogger picisan tetapi ada hati juga nak jadi Malaysia Best Blog 2015.  Sayangnya tiada pencalonan.  Tetapi tidak mengapalah kerana blog ini turut mencalon blog yang lain sebagai Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh blogger Oh!Duit.com.

Nak tahu calon Malaysia Best Blog 2015 boleh klik sini.  Untuk melihat pencalonan sahaja.  Untuk lihat senarai peserta boleh rujuk di sini.

Pastinya blogger picisan juga tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia blogging.  Hasilkan karya yang terbaik bukan sekadar gosip murahan atau khabar angin.

Selamat maju jaya untuk semua.


3 ulasan:

  1. semoga berjaya untuk semua blogger yang tersenarai,saya nak tanya apa maksud picisan? :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... nak tahu boleh rujuk kamus Dewan... hehehe

      Padam
  2. samalah kita.. picisan. sokong dengan statement lebih bnyk tenggelam dari timbul..
    tak pe jangan give up.. ada rezeki mesti tercalon juga nanti..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.