Pageviews

23 Disember 2014

Segmen: Ini Entry terbaik 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen:  Ini Entry terbaik 2014


Terjumpa segmen menarik lagi untuk hujung tahun 2014.  Terasa nak turut serta tetapi tidak cukup masa pula nak buat entri.  Kalau sekadar tempek gambar dan bagi link segmen rasa seperti kurang manis pula.  Jadi dah dua hari simpan entri ni dalam kotak draf.  Konon-konon bila ada masa nanti boleh lah mula menulis.   

Belek punya belek kotak draf, dah bertepek entry draf yang tersimpan.  Ada beberapa entri yang ada tarikh luput termasuk entri ini.  Segmen Entri Terbaik 2014.  Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger Diana Rashid, akan tamat pada 25 Disember 2014.  Senyum!!! Eh... sambung lah 






Mencari Entri Terbaik

Sehingga entri ini dikeluarkan pada hari ini (23/12/2014), terdapat lebih daripada 780 entri telah dikeluarkan untuk tahun 2014.  Hasrat hati nak buat entri sehingga 1000 atau lebih.  Melihatkan kepada masa memang dah tak sempat lah untuk tahun 2014.  Nak cuba pula untuk tahun 2015, jadikan sebagai KPI untuk blog ini. Kan...

Okey, daripada 788 entri yang telah dikeluarkan sudah pastinya semua entri berkenaan yang terbaik yang sempat dikeluarkan.  

Untuk tujuan entri ini, saya letakkan link yang mendapat sambutan ramai.  Dalam banyak-banyak entri yang mendapat sambutan ramai, berikut disertakan antara link bagi entri terbaik untuk tahun 2014.

  1. Mencari Alasan Munasabah Untuk Cuti (701)
  2. Corak Tribal Untuk Wallpaper  (151)
  3. RTK | Saat Orang Berkata Buruk Mengenai Kita (174)
Jadilah dulu untuk segmen entri terbaik kali ini.  Tak boleh letak banyak-banyak nanti naik muak pulak orang bacanya... Eh... ada ke orang nak baca blog picisan ini?  Ada kan. :D

Kepada semua jom kita beri sokongan kepada rakan blogger, Diana Rashid.  Klik banner di atas untuk turut serta, sebelum 25/12/2014.

Sekian.





8 ulasan:

  1. huhu terbaek lah :D harap lepas ni boleh hasilkan lagi entry2 yang menarik ye :)

    BalasPadam
  2. Banyaknya terbitkan entri pd tahun 2014! Saya tak sampai 400 entri pun...huhu. Semoga berjaya dlm segmen ini.

    BalasPadam
  3. to afzalsukasuki,
    eh eh... terima kasih atas sokongan dan dorongan .... :D

    BalasPadam
  4. to BM
    entri suka suki jer tu...
    terima kasih.

    BalasPadam
  5. selamat bersgemen sis
    tu la rs mcm nak join'
    dri hari tu lg geledah entri cari mana yg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis
      geledah lah entri tu... join segmen nie

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.