Pageviews

17 November 2014

Peluang tidak datang sekali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peluang tidak datang sekali




Terpulang kepada kita sama ada untuk mengambil peluang yang datang. Dalam keadaan tertentu peluang itu datang pada masa yang tidak sesuai dengan kita hingga kita terpaksa melepaskan peluang itu. Walaupun pada mata kasar itulah peluang yang terbaik buat kita.

Ada ketika kita perlu bersyukur kerana telah melepaskan peluang itu walaupun di sudut hati kita sebenarnya kita terasa rugi yang amat sangat kerana terpaksa melepaskan peluang keemasan itu.

Kita sepatutnya sedar bahawa masih ada peluang lain yang lebih baik buat kita.

Sementara itu kita sewajarnya berdoa semoga diberikan yang terbaik buat kehidupan kita dunia dan akhirat.

Bersyukur dan bersabar.

Sekian.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.