FOLLOWER

21 Oktober 2014

Pemenang Contest Blog comel By: sheda ucu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Contest Blog comel By: sheda ucu

Bercerita mengenai berita gembira dalam dunia blogging.

Sungguh benar saya tahu blog saya tidaklah comel mana.  Maklumlah blog mak-mak kan mana nak comel macam blog mereka yang muda belia.  Tapi akak rasa blog akak jer yang tak comel, tak tahu lah pulak blog mak-mak yang lain ... ada ke yang comel?

Akak join contest Blog Comel By: Sheda Ucu sekadar suka-suka dan seperti biasa dapat menambah kenalan dan dapat juga menambah bilangan pengunjung terutama dari kalangan rakan blogger yang comel-comel... terima kasih sudi singgah blog akak tak berapa nak comel nie.



Senarai pemenang telah disiarkan di SINI

Nak dijadikan rezeki akak yang tak comel nie, kebetulan penganjur iaitu Sheda Ucu ada menyediakan kategori hadiah untuk 10 peserta terawal.  Jadi, dapatlah akak merasa juga hadiahnya iaitu review blog.  Ringkas pun tak per... boleh tengok pula apa kata Sheda Ucu mengenai blog akak nie.

Senarai 10 Blog Terawal untuk Review Ringkas By Sheda Ucu

Terima kasih.

5 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.