Pageviews

18 Oktober 2014

Murah rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Murah rezeki


Kali ini nampak sangat Nuffnang semakin perihatin dan sentiasa memberi perhatian kepada rakan kongsinya iaitu kita... blogger.   Sudah beberapa hari dalam minggu ini atau minggu lepas ramai di kalangan rakan blogger yang up status mengenai kemurahan hari nuffnang dengan melepaskan CPUV yang banyak.  

Pada mulanya, saya agak cemburu juga dengan apa yang mereka peroleh kerana ketika itu CPUV saya tidak sebanyak mereka yang telah up status.  Dan, pada hari ini giliran saya pula untuk up status mengenai bilangan CPUV yang sedang bergedik-gedik dalam senarai kempen.



CPUV Campaigns |  Nuffnang semakin pemurah

Lazimnya mood berblogging akan meningkat naik secara mendadak bila senarai kempen CPUV kelihatan semakin banyak.  

Seperti tidak percaya, tetapi itulah yang terjadi.  Murah pula rezeki untuk bulan Oktober 2014. Seperti yang terpapar pada gambar di atas. Walaupun agak lewat sedikit perolehi kempen CPUV yang banyak... tetapi itu semua bukanlah sebab untuk tidak terus update blog.

Kempen CPUV Nuffnang itu adalah sebagai bonus.  Walau apapun suasana dan keadaan, update status di blog akan diteruskan mengikut mood dan semangat.

Terima kasih Nuffnang di atas CPUV yang diberikan.  Antara CPUV yang sedang berkempen adalah seperti berikut:

  1. HP PC Demand Gen Digital, 22 Aug 2014
  2. RHB Now - Let's Transact..., 01 Oct 2014
  3. Proton PCC, 02 Oct 2014
  4. SME Micro Finance, 06 Oct 2014
  5. LAMIDO Digital Campaign, 10 Oct 2014
  6. Zurich Insurance Contest ..., 11 Oct 2014
  7. Musee Platinum Tokyo (Reg..., 16 Oct 2014
  8. Mondelez (Chipsmore), 17 Oct 2014
Nak buat entri satu persatu untuk setiap kempen rasanya tak sempat kot.  Tetapi saya akan cuba juga cuma tak nak berjanji lah boleh buat.  Hasrat hati tu nak buat tu tetap ada, yer lah... sebagai menghargai kempen yang sedang berjalan.  Tunggu lah... 

Akhir kata, terima kasih semua yang terus setia dengan blog ini.

~(^-^)~



1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.