FOLLOWER

19 Oktober 2014

Cubaan pertama masak Daging Dendeng

Assalamualaikum


Entah sudah berapa lama encik suami sering sebut-sebut nak makan daging dendeng, terutama tiap kali hari raya. Saya pula langsung tak ingat pernah makan atau tidak daging dendeng. Masak daging dendeng lagi tak perlu nak cakap lah... memang tak pernah. Dahulu masa pertama kali dengar macam daging dinding. Maklumlah nama lama untuk Seri Manjung adalah Dinding.... tu yang dok ingat ada kaitan. Rupa-rupanya daging dendeng berasal dari seberang... betul ke?

Di pendekkan cerita, kebetulan hari ini cuti. Dalam dok belek-belek internet terjumpa resepi daging dendeng. Nampak macam senang. Dengan semangat membara dan dorongan encik suami, maka operasi masak daging dendeng pun bermula dan berakhir dengan lancar.


Ni lah rupanya daging dendeng versi @yangbaik. Rasa? Boleh lah untuk makan sendiri.

Nak kongsi resepi?

Rasanya tak kot. Sebab banyak sangat olah semula ikut kesesuaian dan kefahaman saya.

Memang penat... walaupun nampak macam mudah dan ringkas. Tetapi menyeronokkan sebab berjaya juga akhirnya masak makanan idaman encik suami.

Sekian.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Wah...sedap pula kathy tengok. Nyum²..

    Kathyrbain.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Haha.. baru tadi belek majalah rasa tengok resepi ni sebab daging qurban ada lagi dalam simpanan.

    Oh ya, jangan lupa bantu saya .. klik like dan +1 untuk entri

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

    www.hasrulhassan.com

    Terima kasih ye .. :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.