Pageviews

23 September 2014

Siapa orang yang lemah

Assalamyalaikum dan selamat sejahtera




"Mereka yang bertanyakan soalan adalah mereka yang lemah selama lima minit; mereka yang tidak bertanyakan sebarang soalan akan kekal lemah selama-lamanya"

Kita sering kali salah anggap terhadap orang yang lemah. Begitu juga kita selalunya beranggapan orang yang banyak bertanya itu adalah orang yang lemah pemikirannya.

Dalam tidak sedar kita sendiri juga terasa amat lemah untuk bertanya bila kita tidak jelas atau kurang memahami sesuatu isu yang disampaikan. Hal ini menjadikan kita terus kekal dalam kelemahan.

Namun, ada ketika kita tidak berpeluang untuk bertanya kerana beberapa faktor antaranya masa interaksi yang terhad, banyak sangat persoalan yang ditimbulkan dan kita beranggapan bahawa isu itu tiada kaitan dengan kita.

Saya tidak fikir faktor di atas mampu kita lenyapkan sekiranyaa kita sendiri tidak mahu berusaha untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Kebimbangan dituduh sebagai soalan bodoh, maka kita lebih suka berdiam diri dari bertanya. Untuk itu kita juga seharusnya bijak memilih soalan yang sesuai.

"Malu bertanya sesat jalan"


~(@^_^@)~ o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Betul sangat..kalau tak tahu lebih baik bertnya walaupun soalan yg sgt mudah bagi org lain..

    BalasPadam
  2. betul!
    tak thu tny je even kita rasa soklan tu pling simple tp sbnrnya ramai jgk nk thu jwpan nya :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.