Pageviews

17 Julai 2014

Seluar batik dan seluar pelikat pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik 

Seluar batik atau seluar pelikat yang menjadi pilihan untuk hari raya.  Entahlah mood sekarang ni dah kedaung.  Kadang-kadang tak berapa stabil diikuti dengan kesakitan di belakang kepala dan simptom ENT. Saya tidaklah hendak menulis mengenai ENT kerana ia merupakan istilah berkaitan kesihatan dan hanya yang pakar sahaja mengetahui.  Namun dalam kesakitan yang tidak seberapa sempat juga menyiapkan seluar batik dan seluar pelikat untuk encik suami.  Itulah aktiviti hujung minggu sebab tak keluar jalan-jalan cari makan. 


Nak cerita pasal seluar batik ke seluar pelikat?  

Asalnya saya ingin nak buat dua entri berasingan.  Satu bercerita mengenai seluar batik dan satu lagi cerita mengenai seluar pelikat.  Tetapi rasa pelik pula, seluar yang sama dijahit pada hari yang sama tetapi entri dikeluarkan pada hari yang berasingan.  Tanya encik suami pula.  Dia tak kisahkan asalkan ada idea dan ada masa mana-mana pun boleh. Hmmm.... sebenarnya idea tidak berapa nak ada untuk menulis banyak-banyak walaupun rasa rugi pula bila buat entri 2 dalam 1. 

Tak mengapalah... disebabkan saya dah kesuntukan masa dan idea nak menulis pun tidak berapa nak hadir.  Maka keluarlah entri ini... Seluar batik dan seluar pelikat.


Seluar batik untuk Abid

Seluar batik
Seluar batik.  Sudah hampir 2 tahun rasanya kain batik ini berada dalam simpanan.  Tidak ingat pula sama ada kain ini diberi oleh arwah ibu atau dibeli.  Dua helai dengan corak yang sama tetapi warna yang sedikit berlainan.  

Setelah siap dijahit barulah encik suami mengakui bahawa sudah lama sebenarnya dia idamkan hendak memakai seluar batik.  

Eh eh... teringin sangat pulak... kalau macam tu kenapa tak cakap awal-awal semasa dapat kain batik ni. Tetapi elok juga lambat siap lambat rosak... kan?  Korang jangan nak tambah apa-apa lagi... banyak sangat maksud tersirat bila seluar ni dah siap... biar saya simpan dalam kotak ingatan sehingga luput atau kalau tak boleh luput saya akan pastikan ia akan pudar... hehehehe

Seluar pelikat


Seluar Pelikat


Walaupun berkali-kali entri dengan tajuk yang hampir sama saya tidak jemu untuk bercerita.  Kerana pengisiannya pasti berbeza.  Pada anteri seluar batik yang terdahulu ia dibuat untuk anak-anak tetapi untuk entri kali ini... seluar batik ini dibuat untuk ayah dan lebihan kain dibuat untuk anaknya pula.

Puas hati kerana dapat berbakti kepada encik suami dan anak-anak.  Apatah lagi apabila karya ini mendapat pujian san sanjungan daripada encik suami... senyum jangan marah ahhh.


p/s:  Seluar batik pakai di hari raya pun okey jugak kan? :P


4 ulasan:

  1. Pandai YB buat sendiri, mudah dan jimat. Kalau beli ni...mahal juga tuuu! Berkenan pula tengok seluar batik tu, mungkin kerana corak dan warnanya yang sangat sesuai utk dijadikan seluar. Satu kelainan dan unik kalau dipakai dihari Raya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah untuk pakai sendiri... kalau beli duit jugak kan... so kena pandai meniru untuk hidup kan?

      Padam
  2. buat sendiri?... tutorial lah sikittt

    BalasPadam
    Balasan
    1. okey... nanti saya carikan masa yang sesuai untuk buat tutorial pulak. terima kasih ye :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.