Pageviews

17 Julai 2014

Kena rotan kerana pakaian sukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan

Sepanjang bulan puasa anak-anak pergi sekolah seperti biasa. Kadang-kadang awal kadang-kadang lewat sikit. Hari yang lewat tu sebabnya lepas sahur tidur semula.

Pakaian ke sekolah seperti biasa juga. Sebabnya umi tak terimapun surat dari sekolah berkaitan etika berpakaian di sekolah untuk bulan puasa nie. Jadi semua pakaian sekolah disediakan ikut jadual seperti biasa. Hari yang ada PJ pakai pakaian sukan... begitulah setiap hampir 2 minggu ini.

Agak terkejut juga, petang tadi bila anak cerita hari ini kena rotan dengan cikgu disiplin sebab pakai baju sukan.

Pukulan itu mungkin tidak sakit tetapi tetap juga ada nampak kesannya di tapak tangan.

Seketika terkejut dan timbul juga rasa marah. Tetapi bila difikirkan semula... mungkin juga cikgu pernah cakap sebelum ni ... tak perlu pakai baju sukan pada bulan puasa ... tetapi budak-budak kan... kadang tak bagi perhatian sangat. Jadi biar dia rasa akibat tak bagi perhatian apa yang cikgu cakap.

Cikgu pun... janganlah pukul kuat sangat... kalau takat pakai baju sukan tak kanlah sampai kena rotan. Baru darjah dua pun.

Semoga jadi peringatan.

posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. selalu berlaku..budak2 degil..cikgu ikut peraturan..hmm..ntah mne yg betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak-budak kan... memang kena rotan baru nak ingat hehehe

      Padam
  2. Alaaa... cikgu pon tutop la sebelah mata. Tak leh ke...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh eh... kalau cikgu tutup sebelah mata... uncle pulak kena rotan... hahaha

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.