FOLLOWER

10 Julai 2014

Kad untuk keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kegembiraan berganda

Pada bulan Ramadhan telah dijanjikan dua kegembiraan kepada mukmin yang berpuasa; iaitu ketika berbuka dan ketika berjumpa Tuhannya. Ramai orangpun tahu dari mana petikan itu diambil.

Bagi saya ada dua lagi tambahan kegembiraan pada hari ini ... atau mungkin juga lebih tetapi saya tidak sedar.




Kegembiraan pertama yang dimaksudkan adalah mengenai kad di atas; kad ibubapa.

Kad ini adalah hasil karya Irdina Huda. Dibuat dengan penuh kasih sayang juga penuh dengan warna. Menggunakan crayon yang dibeli hujung minggu lepas.

Terima kasih dan tahniah kepada Dina atas kad yang cantik dan hebat ini.

Umi juga sayang semua anak-anak umi.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.